Sandarkan Pada Kenangan : Malaysia 2-4 England (1991)


England melengkapkan musim 1990/91 tanpa kalah apabila menewaskan Malaysia 4-2 pada 12 June 1991. Gary Lineker menjaringkan 4 gol dan mempunyai 3 lagi peluang yang disia-siakan.

Lineker dilihat mampu memotong Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak England ketika itu dengan 49 gol tetapi gagal. Lineker menamatkan karier dengan 48 jaringan untuk England dan 4 gol menentang Malaysia merupakan jaringan terakhirnya bersama England.

Kedua-dua Gol Malaysia dijaringkan oleh Matlan Marjan. Sekarang apalah nasib bola sepak Malaysia yang bergelut dengan prestasi yang hambar.


Download aplikasi The Sukan di Google Play