Salah Dan Mane Akhirnya Berdamai

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Sadio Mane telah mengamuk sakan di bangku selepas dikeluarkan gara-gara kerana ketamakan Mohamed Salah yang nyata tidak ingat dunia dan tak boleh dibawa berbincang dalam permainan yang memerlukan kerjasama berpasukan.

Pemain Senegal itu dikeluarkan pada minit ke-85 dan digantikan dengan Divock Origi nyata menahan marah yang membuak ketika beraksi di padang dan semuanya dilepaskan di bangku simpanan tatkala rakan yang dikeluarkan sedang berehat melepaskan lelah.

Dalam perlawanan menentang Burnley itu, Liverpool menang dengan selesa dan tanpa melekit sejajar dengan gelaran penakluk Eropah dan pasukan paling power di muka bumi.

Mana la Mane tak marah. Salah betul-betul salah dalam situasi ini.

Selepas Roberto Firmino menjaringkan gol ketiga , Liverpool memperoleh peluang terbaik untuk menjadikan kedudukan kepada 4 gol ketika bola berada dikaki Salah.

Mane ketika itu berada dalam posisi terbaik dan tidak dikawal tidak menerima hantaran daripada Salah yang tamak haloba serta pentingkan diri yang memilih untuk bergelek dan menari lalu melepaskan peluang terbaik.

Kini semuanya telah jernih apabila semua yang keruh lenyap ditelan jerebu apabila Mohamed Salah telah berkicau di Twitter dengan satu video yang sangat mencuit hati.

Video yang viral yang telah diedit oleh warga netitu telah dimuat naik semula oleh Salah dan mempamerkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak lagi mempunyai masalah.

Video asal itu telah dimuat naik Michael Cisneros yang merakam telatah anaknya Maxwell dan rakannya Finnegan yang bertemu di satu jalan di New York yang berlari penuh keterujaan apabila bertemu.

Misi Liverpool berjuang di Premie League adalah untuk menggapai gelaran juara dan bukan mengejar gelaran kasut emas lalu berbangga dengan 97 mata untuk tempat kedua.

Usai meninggalkan padang, Mane terus meluahkan dan melontarkan segala amarah yang terpendam dibenak hati beliau kepada Salah.

Ketidakpuasan hati Mane jelas terpancar seperti kanak-kanak yang tantrum kerana tidak dapat Kinder Bueno di kaunter pasaraya.

James Milner sebagai pemain paling senior segera tampil duduk disebelah Mane untuk menenangkan dan mengurangkan amarah Mane dengan bisikan persis seorang abang.

"Yusof Taiyuuubbbb!!!" Mungkin itulah bisikan Milner kepada Mane. Mungkin je, kalau korang percaya aku tak leh cakap menda la.

Mane tampak sedikit tenang lalu, Roberto Firmino pula memberi gosokan kepada bahu Mane bagi meredakan ketenangan dan kemudian Mane dilihat kembali berjaya mengawal diri.




Paparkan Komen