Rooney Cetak Hatrik Pertama di MLS

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Perlawanan ini membuktikan semangat adiwira yang ada pada Wayne Rooney masih belum padam dan masih ada mengalir dalam tubuh Rooney yang gebu dan montok itu ditambah dengan tahap kecergasan yang masih lagi mengagumkan.

Kelaparan dan kedahagaan Rooney kepada kemenangan sangat tinggi apabila berjaya mencetak hatrik pertama bersam DC United di Major League Soccer(MLS).

Musim pertama Rooney bersama DC United sangat cemerlang dan keluar dari kemerosotan prestasi di hujung karier bersama Manchester United.

Rooeny kemudian kembali kelab di masa zaman remajanya yang bertanggungjawab menjadikkannya sebagai seorang penyerang sensasi dunia, Everton.

Namun jodoh tidak panjang dan Rooney mengubah haluan ke Amerika Syarikat untuk bersama DC United ketika liga sudah hampir berlangsung separuh jalan.

Ketika Rooney tiba DC United berada di kedudukan terakhir MLS Eastern Conference dan sangat jauh untuk merebut slot play-off.

HIGHLIGHTS: D.C. United vs. Salt Lake

Wayne Rooney scores his first career MLS hat trick, leading D.C. United to a 5-0 victory over Real Salt Lake.

Posted by Major League Soccer (MLS) on Saturday, 16 March 2019

Namun kehadiran Rooney merubah segalanya dan berjaya mendapat MLS play-off walaupun pada mulanya harapan sangat tipis dan tewas kepada Columbus Crew SC.

Musim pertama Rooney menajringkan 12 gol dalam 21 perlawanan dan telah dinobatkan sebagai pemain terbaik(MVP) dan pemenang kasut emas DC United.

DC United kini berada dipuncak Eastern Conference dengan mengumpul 7 mata dari 3 perlawanan. Masih tidak kalah.

Rooney meneruskan kecemerlangan ketika menentang Real Salt Lake dengan 3 gol ketiga menang 5-0 pada usia 33 tahun.

1. Penalti
2. Chip indah
3. Simple tapping

Pada musim lalu aksi heroic dan amat dramatik Rooney telah memberi kemenangan kepada DC pada minit ke-96.

Aksi Adiwira Rooney Menghasilkan Gol Kemenangan Pada Minit Ke-96

Perlawanan ini membuktikan semangat adiwira yang ada pada Wayne Rooney masih belum padam dan masih ada mengalir dalam tubuh Rooney yang gebu dan montok itu ditambah dengan tahap kecergasan yang masih lagi mengagumkan.

Kelaparan dan kedahagaan Rooney kepada kemenangan sangat tinggi apabila berjaya mengahalang gol kemenangan Orlando City pada saat akhir pemainan dan menghasilkan gol kemenangan buat DC United.

Gambar Rajah 1 : Kronologi Ringkas Kisah adiwira Rooney

Merujuk kepada gambar rajah 1 di atas adalah kronologi kisah penuh berinspirasi dari Rooney :

1. Ketika perlawanan terikat 2-2 menentang Orlando City di masa kecederaan, DC United mendapat sepakan penjuru dan penjaga gol DC, David Ouster naik untuk membantu serangan.

2. Bola berjaya dikeluarkan dan Will Johnson melakukan serangan balas pantas ketika gawang tergohong luas tanpa penjaga serta mampu menjaringkan gol kemenangan Orlanda pada minit ke-96.

3. Melihat situasi itu Wayne Rooney berlari sepantas kilat pada jarak 70 ela dan melakukan terjahan luncuran (Sliding tackle) dan berjaya memenangi bola - Ini sudah sangat gila sebenarnya.

4. Selepas merampas bola, Rooney tenang membawa bola melepasi garisan tengah dan melakukan hantaran panjang yang tepat bergelembung buaya merentasi padang yang dipelajari dari Paul Scholes - Bapak arr gila bola.

5. Bola itu tepat ke kepala Luciano Acosta yang menjaringkan gol kemenangan di saat akhir lagi penuh dramatik dan juga melengkapkan hatrik beliau dalam perlawanan ini.

Pantang mundur kecuali operasi, Rooney mengembalikan kenangan lalu dengan aksi bertenaga beliau.

Wayne Rooney steals ball, makes ridiculous pass to win it in stoppage time

Wayne Rooney with the UNREAL clutch tackle and pass DEEP in stoppage time.

Posted by ESPN on Sunday, 12 August 2018



Paparkan Komen