Ronaldo Hanya Memerlukan 8 Minit Untuk Menjaringkan Gol Pertama Bersama Juventus

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Dalam perlawanan tradisi pra-musim pasukan Juventus akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Juventus B dan pemain sensasi dunia Cristiano Ronaldo membuat debut bersama The Old Lady.

Cristiano Ronaldo hanya memerlukan 8 minit sahaja masa dipadang untuk menjaringkan gol pertamanya dalam debut bersama Juventus. Gol debut paling mudah bagi seorang pemain bola sepak?

Bekas pemain handalan Real Madrid itu telah menyertai gergasi Italy itu selepas tamat kempen Portugal di Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia.

Kehadiran Ronaldo nyata menjadi tumpuan dan mengagumkan ramai pihak ketika sesi latihan dan perlawanan pertama ini membuatkan Ronaldo memulakan karier di Turin dengan langkah kanan.

Pemain sayap Juventus mengakui bahawa agak sukar dan mustahil untuk mengikut jejak Ronaldo ketika latihan yang berusaha dengan begitu gigih dan hasilnya korang sendiri tahu'

"Mustahil setan nak berlatih macam Adol, bila kami sampai, Adol dah berlatih dan bila kami balik, Adol masih berlatih. Tak pernah aku tengok pemain gila lagu ni." Ujar Costa.

Ronaldo's First Juventus Goal

Cristiano Ronaldo with his first goal for Juventus💥⚽

Geplaatst door Ball-Control op Zondag 12 augustus 2018

Kerana kerja keras itu lah Ronaldo dapat menikmati gaji sebanyak £26,545,154 setahun. Mari kita mengira gaji Ronaldo dengan kontrak selama 4 tahun.

4 Tahun - £106,180,616
Setahun - £26,545,154
Sebulan - £2,212,096
Sehari - £72,925
Sejam - £3,038
Seminit - £50.64
Sesaat - £0.84

Kadar tukaran Pound Raheem Sterling ke Ringgit, £1 = RM5.21. Makanya sesaat Ronaldo menikmati gaji RM4.38 dan seminit RM263.82.




Paparkan Komen