Ronaldo Berang Dikeluarkan Selepas 55 Minit Di Padang

Share on facebook
Share on twitter

Pemain veteran paling sensasi di muka bumi ini, Cristiano Ronaldo telah dilaporkan berang dan marah-marah dikeluarkan dalam perlawanan juventus menentang AC Milan selepas hanya 55 berada di padang.

Semua sedia maklum bahawa Ronaldo begitu obses dengan bola sepak dan menjalani hidup penuh berdisiplin bagi mengekalkan dan membolehkan beliau memberi prestasi yang terbaik ketika beraksi.

Berusia hampir 35 tahun Cristiano Ronaldo masih menjadi pemain utama pasukan ketika kebiasaan dalam bola sepak umur seperti ini sudah mula memanaskan bangku simpanan.

Pada tahun lalu semasa menjalani pemeriksaan perubatan bersama Juventus di J Medical kondisi fizikal Cristiano Ronaldo dilihat hampir sama dengan fizikal mereka yang berusia 20-an.

1. Lemak Badan : 7% berbanding pemain profesional lain yang secara purata mempunyai 10-11% lemak.

2. Jisim Otot : 50% dan purata bagi atlet profesional lain adala 46%.

3. Pemain paling laju di Piala Dunia 2018 dengan kelajuan 33.98km/j

Maka tidak hairanlah kenapa Ronaldo masih mampu bermain di tahap yang tertinggi dalam bola sepak.

Minggu lalu Ronaldo telah dikeluarkan dalam perlawanan Juventus menang 2-1 ke atas Lokomotiv Moscow di Champions League ketika kedudukan masih terikat 1-1.

Dalam perlawanan terbaru Juventus menentang AC Milan. Maurizio Sarri sekali lagi mengeluarkan Ronaldo hanya selepas 10 minit permainan separuh masa kedua bersambung.

Pada minit ke-55 pemenang Ballon d’Or lima kali itu telah digantikan dengan Pualo Dybala yang kemudiannya menjaringkan gol kemenangan Juventus dan itu satu-satunya gol dalam perlawanan ini.

Satu keputusan yang genius daripada Sarri ketika membuat pertukaran yang mendatang keputusan yang positif dan meraih 3 mata bagi kembali ke puncak liga.

Reaksi Ronaldo selepas dikeluarkan dalam perlawanan ini bagaimanapun telah menjadi bualan paling hangat oleh media sukan dan juga peminat bola di media sosial.

Ronaldo terus menuju ke terowong untuk ke bilik persalinan selepas dikeluarkan dan dengan wajah yang tidak ceria dan kelihatan marah-marah menyebabkan tercetusnya spekulasi.

Ronaldo juga dilaporkan telah meninggalkan Allianz Stadium sebelum perlawanan tamat dan jika ini benar-benar terjadi memang matilanak.

Wartawan daripada Italy, Tancredi Palmeri telah membuat satu ciapan di Twitter berserta satu video yang menyatakan Ronaldo berkata sesuatu kepada Sarri dan meminta bacaan bibir dilakukan.

Menurut laporan The Guardian, Ronaldo telah melemparkan satu jelingan tajam kepada Sarri sambil melontarkan sepatah dua kata ketika menuju ke terowong.

Hasil siasatan bacaan bibir bersama warganet, Tancredi Palmeri telah mencapai persepakatan serta yakin bahawa Ronaldo telah menyebut ‘vai pra o caralho’ atau ‘go away’.

Sementara itu seorang pengguna Twitter yang bernama michhhael telah tampil untuk menjelaskan situasi sebenar dengan satu video yang menunjukkan Ronaldo minta ditukar kerana kecederaan.

“Untuk menghentikan spekulasi tidak berakal. Ronaldo memberi isyarat bahawa beliau cedera dan minta ditukar.”

Apa yang menarik dari video ini adalah masa permainan yang tertera pada minit ke-69 dan Ronaldo dikeluarkan pada minit ke-55.

michhhael menjelaskan bahawa waktu permainan tertera adalah waktu sebenar perlawanan dan video itu merupakan satu ulang tayang atau Replay.

Atas nama spekulasi semuanya boleh dirasakan terjadi mungkin Ronaldo marahkan Sarri atau Ronaldo marahkan diri sendiri kerana kecewa dengan kecederaan.

Jika cedera Ronaldo tidak dapat beraksi bersama Portugal untuk perlawanan antarabangsa dalam usaha mengejar rekod Ali Daie.

Share on facebook
Share on twitter