Ramos Meneruskan Rutin Jaring Penalti Melalui Panenka

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

"Gilo jugok nate Panenka ni, masa training sokmo dio duk buat penalti lagu tu, tapi dok dam mikir kawe dio buat maso final. Baso gilo." jelas penjaga gol Czechoslovakia.

----

"Gila juga Panenka ni, semasa latihan selalu beliau lakukan penalti sedemikian rupa, tak masuk masuk akal betul buat masa final. Gila." jelas penjaga gol Czechoslovakia.

Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.

Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos antara pemain yang kerap melakukan sepakan Panenka ketika mengambil sepakan penalti kebelakangan ini.

Ramos sekali lagi melakukannya ketika Real Madrid membelasah Galatasaray 6-0 di UEFA Champions League.

Rodrygo meletakkan Real Madrid di depan dengan dua jaringan dalam tempoh 3 minit iaitu pada minit ke-4 dan ke-7.

Selepas mendahului 2-0, Toni Kroos telah dijatuhkan oleh Steven N'Zonzi dalam kotak penalti. Peluang Real Madrid menjarakkan kedudukan.

Pada minit ke-14 Real Madrid mendapat sepakan penalti namun Ramos tidak memberi peluang kepada pemain muda berusia 18 tahun itu daripada melakukan hatrik dalam tempoh 10 minit.

Ramos merupakan pengambil sepakan penalti Real Madrid tampil menyempurnakan tugas dengan satu panenka yang penuh bergaya.

Karim Benzema kemudian menjaringkan dua gol untuk menjadikan kedudukan 5-0. Kemudian Rodrygo melengkapkan hatrik beliau dengan jaringan minit akhir perlawanan.

Rodrygo telah menjadi pemain termuda menjaringkan hatrik sempurna(perfect hat-trick) di Champions League pada usia 18 tahun 301 hari.

Pemain muda Real Madrid ini juga menjadi pemain ketiga yang berusia 18 tahun menjaringkan hatrik di Champions League.

Hatrik sempurna adalah 3 gol yang dijaringkan melalui kaki kiri, kaki kanan dan kepala iaitu melalui sundulan atau tandukan.

4' ⚽️ Kaki kiri
7' ⚽️ Tandukan
92' ⚽️ Kaki kanan



Paparkan Komen