Ramalan McManaman Dua Minggu Lalu Benar Belaka

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Piala Dunia 2018 telah menjadi satu kejohanan yang paling menyeronokkan di Rusia tetapi seorang pundit telah mengetahui bahawa England kalah kepada Croatia di dalam peringkat 4 terakhir.

Dua minggu lalu, bekas pemain England, Liverpool power dan Real Madrid, Steve McManaman telah diminta oleh ESPN meramalkan keputusan peringkat kalah mati selepas berakhir perlawanan peringkat kumpulan.

Ramalan bekas bintang bola sepak berumur 46 tahun benar-benar menakjubkan dan empat 4 pasukan terakhir sangat tepat hinggalah pasukan ke final. Ramalan McManaman sangat jauh berbeza berbanding rakan yang lain.

Ketika kebanyakan daripada rakan-rakan sekerjanya memilih Brazil bertemu Sepanyol di perlawanan akhir, McManaman membuat ramalan yang jauh menyimpang berbanding ramalan dibuat oleh rakan-rakannya itu.

Mcmanan telah memilih Perancis bertemu Croatia di perlawanan akhir dan Perancis akan muncul juara.

England kalah 1-0 kepada Belgium dalam peringkat kumpulan dan mereka akan bertemu sekali lagi dalam permainan perlawanan semula tempat ketiga pada hari Sabtu.

Korang tengok la sendiri ramalan McManaman bersama ESPN dua minggu lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=tS2fDOUecns

Mungkin ketika ini McManaman sedang berkaraoke menyanyikan lagu Ramalanku Benar Belaka dari Umbrella.

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Kesudahan aku parah




Paparkan Komen