Rakaman Penonton Menunjukkan England Cuba Menjaringkan Gol Ketika Keraian Croatian

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

England mempamerkan prestasi cemerlang pada Piala Dunia edisi 2018 ini apabila mara ke separuh akhir menyamai pencapaian mereka 28 tahun lalu di Piala Dunia 1990 dan sejak itu England tergantung sepi.

Mara ke suku akhir juga merupakan pencapaian terbaik England dalam tempoh sedekad dalam kejohanan utama dunia. Prestasi England sangat teruk tidak sepadan dengan populariti mereka. Entah apa membuatkan mereka popular.

Piala Dunia 2006 - Peringkat Kumpulan
EURO 2008 - Gagal layak.
Piala Dunia 2010 - Pusingan ke-2
EURO 2012 - Kalah sepakan penalti kepada Itali
Piala Dunia 2014 - Peringkat Kumpulan
EURO 2016 - Pusingan ke-2 tewas kepada Iceland

Teruk bukan. Entah kenapa kau minat.

Mario Mandzukic telah menjaringkan gol pendahuluan perlawanan di masa tambahan pada minit ke-109 dan gol itu juga merupakan gol kemenangan Croatia ke atas England dan membawa mereka ke perlawanan akhir.

Semasa enak Mandzukic dan rakan-rakan meraikan gol itu pemain England kembali ke tengah padang untuk membuat sepak mula. Melihat pemain Croatia enak menjamu selera meraikan gol England terus memulakan perlawanan.

Aksi terdesak England tidak dipaparkan semasa siaran langsung kerana kamera fokus kepada pemain Croatia yang meraikan gol. Terdesak teruk ni nak gol penyamaan.

Seorang penyokong bernama Vlasta Jeseničnik telah merakam aksi pemain England itu dan telah meletakkan video itu di laman Twitter.

Adakah England cuba meniru cara pemain Panama yang terus membuat kick-off semasa ketika enak pemain meraikan gol dalam perlawanan menentang England di peringkat kumpulan?

Panama Terus Membuat Kick-Off Ketika Pemain England Meraikan Gol

Panama diratah-ratah dan dikocok-kocok England tanpa rasa belas dan mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.

Harry Kane mencetak hatrik dalam kemenangan 6-1 England itu.

Dua gol hasil sepakan penalti dan satu bola yang tersentuh ketika dirembat. Kerja mudah buat Kane.

Kane kini lebih hebat berbanding Messi. Dua perlawanan 5 gol. Messi dah berapa edisi Piala Dunia baru 5 gol.

Kejadian ini berlaku selepas Harry Kane menjaringkan gol, maka seperti pasukan lain pemain England pun meraikan jaringan tersebut.

Kesemua pemain England berada di luar padang hanya Jordan Pickford berada di kawasan sendiri.

Melihat situasi ini, pemain Panama tidak melakukan Panama Dance tetapi dengan segera membuat sepak mula ketika Harry Kane dan rakan-rakan masih meraikan gol.

Serangan pantas dilakukan tetapi emudian pemain Panama terus menyepak dan memberi bola kepada Pickford.

Tular di media sosial yang menyebut bahawa sepak mula boleh terus dilakukan jika semua outfield player berada diluar padang.

Adakah benar wujud peraturan ini atau hanya mainan media semata-mata. Oleh sebab aku malas nak tulis aku tanya korong jela.

Adakah sah tindakan pemain Panama ini? Jika sah kenapa serangan dihentikan?




Paparkan Komen