Premier League 2019/20 : Newcastle United 1-0 Manchester United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Manchester United mencatatkan peningkatan prestasi luar biasa apabila membuat 3 percubaan tepat dalam perlawanan menentang Newcastle United selepas gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ketika menentang Az Alkmaar di Europa League minggu lalu.

Tiada kejutan lain daripada Manchester United apabila mempamerkan keputusan seperti biasa di Premier League sama ada seri atau kalah, menang? Jauh panggang dari api.

Menentang pasukan yang berada di zona penyingkiran dan pasukan yang sekadar menjadi pelengkap Premier League, Newcastle United, Setan Merah bermurah hati menderma 3 mata dan mengeluarkan Newcastle dari zona penyingkiran dan mendekatkan diri ke zona yang mahu dijauhi semua.

Mana nak cari Setan yang baik hati kecuali Setan Merah yang memberi kemenangan percuma kepada Newcastle United.

Setan Merah bermain seperti biasa dengan corak permainan tiada hala tuju apatah lagi masa depan seperti sekadar mahu melengkapkan jadual perlawanan ketika liga berbaki 30 perlawanan lagi.

Matthew Longstaff menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72 dan terus membunuh perlawanan serta 3 mata penuh sudah dalam genggaman.

Selepas itu ada usaha daripada Setan Meeah untuk mengejar tetapi tidak bersungguh-sungguh dan lemah longlai.

Kekalahan ini meletakkan Manchester United hanya dua mata dari zon penyingkiran.

Satu rekod menawan dari Setan Merah :

1. 5 kemenangan daripada 22 perlawanan
Five wins in 22 games for Manchester United.

2. 11 Perlawanan tempat lawan tanpa kemenangan.

3. Tidak menjaringkan lebih satu gol sejak 11 Ogos 2019.

4. Mengumpul 9 mata selepas 8 perlawanan. 2 menang 3 seri 3 tewas.

Starting XI: Dubravka (6); Yedlin (6), Schar (7), Lascelles (6), Clark (7), Willems (7); Almiron (5), M. Longstaff (8), S. Longstaff (7), Saint-Maximin (6); Joelinton (5).

Substitutes: Carroll (7), Atsu (6), Krafth

Starting XI: De Gea (6); Dalot (6), Tuanzebe (7), Maguire (5), Young (6); Fred (5), McTominay (6); Pereira (6), Mata (5), James (6); Rashford (5).

Substitutes: Rojo (5), Greenwood (6), Chong



Paparkan Komen