Premier League 2019/20 : Manchester United 3-1 Brighton & Hove Albion

Encik Bakri oleh Encik Bakri 18 jam yang lalu

Manchester United terus mempamerkan aksi positif untuk dua perlawanan berturut-turut selepas berjaya menewaskan Brighton & Hove Albion dengan jaringan 3-1 yang merupakan satu kemenangan yang mudah.

Apa yang positifnya? Setan Merah sekali lagi menjaringkan 3 gol dalam satu perlawanan selepas melakukannya ketika menentang Partizan Belgrade. Sebelum-sebelum ini nak dapat satu percubaan tepat pun dah menggelupur inikan pula dapat 3 gol.

Ala lawan pasukan macam Brighton & Hove Albion boleh la menang mudah. Itulah hakikatnya, pasukan seperti Brighton & Hove Albion merupakan lawan yang sepadan dan hebat buat Setan Merah mengikut prestasi semasa mereka.

Andreas Pereira meletakkan Manchester United dihadapan pasa minit ke-17 hasil bola yang terbias selepas menggelecek tak ingat dunia.

Dua minit berselang Setan Merah menggandakan kedudukan selepas pemeriksaan yang panjang oleh Video Assistant Referee(VAR) maka gol jaringan Davy Propper menjadi milik Manchester United.

Gol Davy Propper itu digelar gol sendiri.

Lewis Dunk merapatkan kedudukan pada minit ke-64 sebelum Marcus Rashford kembali menjarakkan kedudukan.

Marcus Rashford boleh mencipta hatrik tetapi entah apa yang merasuk the nex Cristiano Ronaldo ini apabila terlepas peluang terbuka.

Dengan kemenangan ini, Manchester United kembali melonjak ke tangga ketujuh.

Manchester United (4-2-3-1): De Gea 6; Wan-Bissaka 6, Maguire 7, Lindelof 6.5, Williams 7 (Rojo 90+1); Fred 7.5, McTominay 7; James 8, Pereira 7 (Lingard 70, 6), Rashford 7 (Greenwood 90+1); Martial 7

Subs: Romero, Jones, Mata, Garner.

Brighton (4-4-2): Ryan 7; Montoya 5 (March 46, 6), Dunk 6.5, Duffy 6, Burn 5.5; Alzate 6, Propper 5.5, Stephens 6, Trossard 5.5 (Gross 59, 6.5); Maupay 6, Connolly 5 (Murray 46, 6)

Subs: Button, Balogun, Mooy, Schelotto.



Paparkan Komen