Premier League 2019/20 : Manchester City 0-2 Wolverhampton

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Manchester City mengalamai kekalahan mengejut kepada si pembunuh gergasi, Wolverhampton Wanderers di Premier League ketika mereka berusaha untuk mengekalkan jurang 5 mata kepada pendahulu liga Liverpool.

Tapi sayang Manchester City tewas lalu jurang mata dijarakkan kepada 8 mata yang membuatkan penyokong Liverpool tersenyum puas dan gembira.

Kegembiraan penyokong Liverpool berganda selepas satu lagi pasukan dari Manchester iaitu si setan merah, Manchester United tewas dengan aksi kelakar. Berganda kedukaan bandar Manchester.

suffered a surprise defeat to Wolves after late second half goals from Adama Traore

Penyerang Wolves, Raul Jimenez dan Patrick Cutrone telah mensia-siakan peluang untuk mendahului pada separuh masa pertama.

Manchester City bergelut untuk mencipta peluang jaringan diburukkan lagi dengan kecederaan yang dialami Kevin De Bruyne.

Percubaan David Silva daripada sepakan percuma sekadar menghentam palang seakan petanda City bakal kehilangan mata.

Dua jaringan Adama Traore di mana kedua-duanya hasil bantuan gol Raul Jimenez dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan nyata mengecewakan City.

Manchester City (4-3-3): Ederson 6.5; Walker 5 (Zinchenko 46, 5), Otamendi 3, Fernandinho 6, Cancelo 5; Gundogan 5, Rodri 5, D Silva 5.5 (Jesus 75, 6); Mahrez 6 (B Silva 60, 6.5), Aguero 6, Sterling 6

Subs: Bravo, Angelino, Foden, Garcia

Wolves (3-5-2): Patricio 7; Boly 8, Coady 8, Saiss 6 (Bennett 13, 8); Traore 9, Dendoncker 7, Moutinho 7, Neves 8, Vinagre 7 (Otto 74, 6); Jimenez 8, Cutrone 5.5 (Doherty 68, 6)

Subs: Ruddy, Vallejo, Gibbs-White, Kilman



Paparkan Komen