Premier League 2019/20 : Liverpool 3-1 Manchester City

The Sukan oleh The Sukan 15 jam yang lalu

Hanya hasad dengki dan irihati sahaja yang akan menafikan betapa hebatnya pasukan paling power dimuka bumi, pasukan bakal juara, Liverpool ketika ini yang jelas dengan aura dan ciri-ciri sang juara.

Manchester City dilihat sebagai satu-satunya harapan untuk menyekat dan mencuri mata yang dimiliki Liverpool dari berterusan gayat dengan penun bergaya dipuncak Liga Perdana Inggeris.

Namun segala harapan dan impian untuk melihat Liverpool tewas buat pertama kali musim ini tidak kesampaian malah terus melebarkan jarak mata dengan pasukan dibelakang dan mengekalkan City ditangga ke-4.

Liverpool meneruskan rekod cemerlang mereka dengan catatan 11 kemenangan daripada 12 perlawanan Premier League dan belum tewas setakat ini dan hanya mencatatkan satu keputusan seri menentang pasukan sama hebat dan sama kuat Manchester United.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp bermula garang dan penuh meyakinkan. Pada minit ke-6 Liverpool sudah didepan melalui satu rembatan padu yang meroket daripada Fabinho, pemain yang jarang menjaringkan gol.

Kontroversi tercetus daripada gol Fabinho ini kerana sebelum gol terhasil, Manchester City berada dalam kedudukan mahu mendapatkan sepakan penalti selepas bola daripada Kevin De Bryune terkena tangan Trent Alexander-Arnold.

Secara ringkasnya dan untuk mudah difahami gol Fabinho adalah dibina daripada gerakan yang melibatkan handball oleh Trent Alexander-Arnold.

Persoalan tercetus apakah bola terlebih dahulu terkena tangan Bernardo Silva terlebih dahulu? Selepas merujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) pengadil mengesahkan jaringan itu.

Kau sebagai peminat boleh je merungut dan tidak berpuas hati sampai bila-bila tapi harus diingat keputusan pengadil muktamad dan keputusan perlawanan tidak akan berubah walaupun kau bawa benda ni ke majlis timbang tara.

Tidak hilang rasa tidak puas dihati pembenci Liverpool, Mohamed Salah menggandakan kedudukan pada minit ke-13 melalui satu sundulan tegak selepas menerima hantaran cantik Andy Robertson.

Gol Salah juga dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) dan VAR mengeluarkan gambar yang menunjukkan Mohamed Salah tidak ofsaid. Beliau berada di belakang garisan terakhir pertahanan sebelum menerima hantaran Andy Robertson.

Yang tidak berpuas hati dengan dua gol pendahuluan Liverpool ini nyata dan jelas daripada pembenci Liverpool bukan daripada penyokong Manchester City.

Manchester City ni ada peminat ke?

Kecepatan dan kepantasan pemain Liverpool turun dan memadatkan pemain dalam kotak penalti tersangatlah power, padu dan ketat sehingga membuatkan Manchester City sendu dan mati kutu.

Selepas 6 minit bersambung permainan di babak kedua Sadio Mane terus menambah jaringan buat Liverpool juga melalui satu sundulan terbang hasil hantaran Jordan Henderson.

Menurut Guardiola, Mane ada bakat untuk melakukan gol luar biasa pada saat akhir dan juga ada bakat istimewa untuk diving dan mendapatkan penalti.

Kali ini menentang pasukan Guardiola, Mane melakukan sesuatu yang lebih daripada terjunan dan melakukan sundulan terbang yang terus menghasilkan gol.

Dengan gol ketiga ini perlawanan terus menjadi milik Liverpool dan Manchester City seperti tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengubah keputusan.

Beberapa peluang terbaik Manchester City gagal diterjemahkan oleh barisan pemain City kepada satu jaringan.

Akhirnya ketika permainan berbaki 12 minit, Bernardo Silva menjaringkan gol yang dicari-cari City dalam perlawanan ini dan gol ini gagal menjadi gol pemangkin kebangkitan City.

Gol tersebut hanya menjadi gol saguhati buat Manchester City dan membiarkan Liverpool dipuncak dengan jarak 9 mata.

LIVERPOOL (4-3-3): Alisson, Alexander-Arnold, Lovren, van Dijk, Robertson, Henderson (Milner 61), Fabinho, Wijnaldum, Salah (Gomez 87), Firmino (Oxlade-Chamberlain 79), Mane

Subs: Keita, Adrian, Lallana, Origi

MANCHESTER CITY (4-3-3): Bravo, Walker, Stones, Fernandinho, Angelino, De Bruyne, Rodri, Gundogan, Bernardo Silva, Aguero (Jesus 71), Sterling

Subs: Silva, Mahrez, Joao Cancelo, Otamendi, Carson, Foden



Paparkan Komen