Premier League 2019/20 : Leicester City 2-0 Arsenal

The Sukan oleh The Sukan 1 hari yang lalu

Pasukan paling lemah dan lembik dalam sejarah bola sepak dunia dengan penyokong yang sentiasa koyak rabak terus membuktikan mereka adalah lemah dan lembik apabila tewas kepada Leicester City.

Entah siapa lagi akan dipersalahkan oleh penyokong Arsenal dan laungan Unai Out sudah pasti akan lebih kuat kedengaran berserta maki hamun yang tiada had. Sedap betul mengutuk peminat Arsenal.

Ternyata Leicester City berada di tahap lain musim ini dengan permainan yang meyakinkan selepas Brendan Rodgers mengambil alih tampuk kepimpinan. Kau tau la kan, kalau ada kaitan dengan Liverpool pasti power.

Kalau nak banding Liverpool dengan Leicester City ternyata Leicester City terlajak cemerlang apabila muncul juara Premier League buat kali terakhir 3 tahun lalu bukan 30 tahun. Maaf terpetik Liverpool pula.

Kemenangan mudah buat The Foxes ke atas Arsenal di laman sendiri, King Power nyata telah meningkatkan dan menyemarakkan lagi tekanan ke atas Unai Emery.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dan Arsenal tidak mampu mengancam Leicester CitY melainkan mereka sendiri terancam.

The Foxes melaungkan amaran awal sejurus bersambung separuh masa kedua apabila rembatan sepadu mungkin Wilfried Ndidi menghentam palang gol.

Arsenal membuka jaringan perlawanan yang sekadar harapan palsu apabila jaringan Pierre-Emerick Aubayemang itu dibatalkan kerana telah dikesan berada dalam kedudukan offside.

Pada minit ke-68, Jamie Vardy membuatkan seluruh King Power bergema dengan jaringan pertama Leicester City dengan tenang membuat satu penyudah.

Arsenal seakan makanan ruji buat Vardy dengan gol ke-9 dalam semua perlawanan menentang Arsenal di Premier League di belakang Wayne Rooney (12), Harry Kane (10) dan Robbie Fowler (10).

Berselang 7 minit kemudian satu tetapan(setting) cantik Jamie Vardy disusuli dengan satu rembatan luar kotak leret terus dari James Maddison.

Bola lalu melalui dan melepasi antara dua kaki Hector Bellerin yang disaksikan oleh telur yang bergayut dan berayun-ayun.

Leno tidak mampu melakukan apa-apa seolah-seolah terkejut dengan bola yang datang masuk ke gawang. Leno ke lena ni?

Dua gol sudah cukup untuk The Foxes meraih 3 mata dan berada di tangga kedua Premier League.

Arsenal hanya melakukan satu percubaan tepat dalam perlawanan ini. Lemah dan lembik.

Leicester: Schmeichel, Pereira, Evans, Soyuncu, Chilwell, Ndidi, Perez (Gray 59), Tielemans, Maddison, Barnes, Vardy

substitutes: Justin, Morgan, Albrighton, Ward, Choudhury, Praet

Arsenal: Leno, Chambers, Luiz, Holding (Pepe 77), Bellerin, Torreira (Willock 80), Guendouzi, Kolasinac, Ozil, Lacazette, Aubameyang

substitutes: Tierney, Sokratis, Martinez, Martinelli, Saka



Paparkan Komen