Premier League 2019/20 : Chelsea 2-0 Crystal Palace

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 hari yang lalu

Chelsea meneruskan rentak kemenangan dengan penuh cemerlang walaupun dibarisi pemain muda kepada 6 perlawanan berturut-turut di Premier League selepas kali terakhir tewas kepada Liverpool pada bulan september yang lalu.

Kedudukan 4 teratas atau tiket ke Champions League tampak selesa dalam dakapan Chelsea ketika ini dan kedudukan mereka hanya dapat digugat oleh Liverpool, Leicester City dan Manchester City.

Crystal Palace mungkin satu pasukan atau lawan yang sukar buat Arsenal(seri) apatah lagi Manchester United(kalah) tetapi tidak bagi Chelsea yang mudah lagi selesa meraih 3 mata penuh berharga.

Chelsea agak buntu pada separuh masa pertama dengan permainan yang berdisiplin lagi teratur Crystal Palace ditambah pula dengan kehadiran bekas pemain Chelsea, Gary Cahill dibarisan pertahanan.

Tammy Abraham menjaringkan gol ke-10 beliau musim ini pada minit ke-52 apabila tenang melakukan penyudah selepas menerima satu flick genius dari Willian.

Christian Pulisic pula menggandakan kedudukan pada minit ke-79 dengan melakukan satu tandukan jarak dekat.

Crystal Palace mengharungi bulan yang sukar selepas tewas 3 kali dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

CHELSEA (4-2-3-1): Kepa 6; James 7, Zouma 7, Tomori 7, Emerson 6.5; Kante 7, Kovacic 7; Willian 7.5, Mount 7 (Gilmour 87), Pulisic 7.5 (Hudson-Odoi 80); Abraham 7 (Batshuayi 73)

Subs: Caballero, Christensen, Giroud, Hudson-Odoi, Azpilicueta, Gilmour

PALACE (4-5-1): Guaita 6, Ward 6 (Kelly 44, 6), Tomkins 6.5, Cahill 7, Van Aanholt 6; Townsend 6, Kouyate 6.5 (McCarthy 82), Millivojevic 6, McArthur (Schlupp 70, 6), Zaha 6; Ayew 6

Subs: Hennessey, Dann, Schlupp, Benteke, McCarthy, Kelly, Riedewald



Paparkan Komen