Premier League 18/19 : West Ham United 1 - 0 Arsenal

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Pertemuan dua kelab London antara West Ham United dan Arsenal memihak kepada The Hammer yang berjaya menukul meriam buruk Arsenal dengan jaringan tunggal.

West Ham hanya memerlukan pemain muda mereka, Declan Rice untuk menjaringkan gol kemenangan hasil bantuan gol pemain yang mendapat peluang kedua, Samir Nasri.

Declan Rice berusia 19 tahun 363 hari merupakan pemain remaja pertama menjaringkan gol buat West Ham sejak Junior Stanista melakukannya pada November 2009.

Bekas pemain Arsenal dan Manchester City itu menjalani penggantungan selama 18 bulan selepas didapati bersalah kerana menerima suntikan di sebuah klinik di Las Vegas pada Disember 2016.

Perbuatan tersebut menyalahi peraturan yang ditetapkan Agensi Dadah Sedunia dan Nasri digantung dari terlibat dalam aktiviti bola sepak dengan serta merta.

Penggantungan Nasri akhirnya berakhir pada bulan Disember lalu dan beliau bernasib baik kerana diberi peluang ke-2 untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris bersama West Ham.

Nasri menyertai The Hammers secara percuma dengan kontrak sehingga hujung musim nanti.

WEST HAM: Fabianski 6; Zabaleta 6.5, Diop 7, Ogbonna 6, Cresswell 7; Noble 7, Rice 8, Antonio 7 (Obiang 82), Nasri 7 (Snodgrass 71), Felipe Anderson 7; Arnautovic 6 (Carroll 5.5, 71)

ARSENAL: Leno 6; Koscielny 6, Papastathopoulos 5, Mustafi 5 (Ramsey 6, 59); Maitland-Niles 5.5, Guendouzi 5, Xhaka 5 (Torreira 6, 59), Kolasinac 5; Iwobi 6.5, Aubameyang 6, Lacazette 5.5




Paparkan Komen