Premier League 18/19 : Watford 0-1 Arsenal

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Arsenal kembali ke tempat keramat mereka selepas berjaya menang tipis ke atas Watford namun itu sudah cukup untuk 3 mata.

Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol tunggal dalam situasi yang penuh kejanggalan.

Ben Foster menerima hantaran ke belakang namun gagal menahan kemas bola dikaki lalu diasak Aubameyang.

Cubaan Foster mengeluarkan bola terkena tumit Aubameyang lalu terhasil gol yang kelakar.

Minit ke-13 menyaksikan Watford bermain 10 orang selepas Troy Deeney dilayangkan kada merah.

Deeney dengan jelas telah menyiku Lucas Torreira. Satu tindakan kurang bijak.

Watford: Foster, Janmaat, Kabasele, Cathcart, Masina, Femenia, Capoue, Doucoure, Hughes, Deeney, Gray.
Subs: Gomes, Britos, Mariappa, Success, Sema, Chalobah, Navarro.

Arsenal: Leno, Mustafi, Koscielny, Mavropanos, Monreal, Torreira, Xhaka, Mkhitaryan, Ramsey, Iwobi, Aubameyang.
Subs: Cech, Elneny, Lacazette, Ozil, Maitland-Niles, Guendouzi, Kolasin




Paparkan Komen