Premier League 18/19 : Tottenham Hotspur 0-1 Manchester United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Manchester United terus cemerlang, gemilang dan terbilang apabila mencatatkan kemenangan ke-6 berturut-turut tanpa rasa melekit.

Lima perlawanan awal menentang pasukan biasa-biasa katanya haters tanpa sedar seolah-olah mengagungkan Setan Merah sebagai pasukan hebat realitinya hanya pasukan biasa-biasa.

Ujian sebenar menentang Spurs yang pernah mengalahkan Setan Merah pada tahun lalu dan mereka berjaya membalas dendam dalam perlawanan yang penuh mendebarkan kalau kau Si Setan Merah.

David De Gea jelas dan nyata sebagai pemain terbaik perlawanan apabila menyelamatkan deretan 11 percubaan tepat dan berbahaya Spurs dengan kaki, tangan dan punai(sape percaya dia bodo).

Semua percubaan bahaya dari Kane, Toby Alderweireld dan Dele Alli dikecewakan oleh De Gea yang dirasuk Syaitan menda la.

Marcus Rashford meletakkan Setan Merah dihadapan sebelum tamat separuh masa pertama dan itu satu-satunya gol perlawanan yang terhasil bukan dari gol nasib seperti penalti.

Satu perlawanan yang sedap, Hugo Lloris juga cemerlang menyelamatkan 3 percubaan sedap Paul Pogba. Romelu Lukaku dimasukkan namun tiada kesan dan sekadar berpoco-poco dipadang.

6 kemenangan dan masih ditangga ke-6. Ajaib bukan?

TOTTENHAM (4-3-1-2): Lloris 7; Trippier 5, Alderweireld 6.5, Vertonghen 6, Davies 5.5; Winks 6.5 (Llorente 81, 5.5), Sissoko 6.5 (Lamela 43, 6), Eriksen 6; Alli 7; Son 6, Kane 7

MANCHESTER UNITED (4-3-3): De Gea 9; Young 7.5, Lindelof 7, Jones 6.5, Shaw 6; Ander Herrera 8.5, Matic 7.5, Pogba 7.5 (McTominay 90+2); Lingard 7 (Dalot 83), Martial 6.5 (Lukaku 73, 6); Rashford 8




Paparkan Komen