Premier League 18/19 Season Finale : Liverpool 2-0 Wolverhampton Wanderers

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Liverpool berjaya mengheret Manchester City ke hari terakhir untuk penentuan gelaran juara Premier League bagi musim 2018/19 dengan City berkelebihan satu mata menjelang perlawanan terakhir.

Kekalahan atau keserian City serta kemenangan bagi Liverpool akan membolehkan mereka mendakap gelaran juara England buat pertama kali tempoh 29 tahun.

Sejak era Premier League, Liverpool tidak pernah lagi mendakap gelaran juara dan gelaran serta kehebatan mereka hanya berlegar di mulut penyokong.

Di atas kertas Liverpool dan Manchester City tidak mungkin kalah dalam perlawanan terakhir dan segalanya boleh terjadi dalam bola sepak. Dan itulah yang terjadi

Kemenangan terakhir yang dicatat Liverpool musim ini ke atas Wolverhampton Wanderers tidak mampu memberi kejuaraan pertama Liverpool dalam tempoh 29 tahun.

Dua gol hasil jaringan Sadio Mane memboleh penyerang Liverpool itu berkongsi kasut emas bersama Mohammed Salah dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Liverpool hanya kalah sekali sahaja musim ini ditangan Manchester City dan mengumpul 97 mata malah dua pemainnya menjadi penjaring terbanyak Premeir League.

Namun itu semua belum cukup untuk menghalang City daripada muncul juara buat kali kedua berturut-turut.




Paparkan Komen