Premier League 18/19 Season Finale : Brighton & Hove Albion 1-4 Manchester City

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 bulan yang lalu

Manchester City merangkul gelaran juara dua kali berturut-turut dengan penuh bergaya dengan menghadirkan harapan palsu kepada pencabar.

Anak buah Pep Guardiola bangkit selepas sengaja ketinggalan satu gol kepada Brighton & Hove Albion.

Tetapi hanya seminit Brighton berada di depan.

Tidak sempat habis senyuman diukir peminat Liverpool mengetahui City ketinggalan, Sergio Aguero mengikat kembali kedudukan.

Sepuluh minit berselang City sudah didepan hasil jaringan Aymeric Laporte.

Separuh masa kedua menyaksikan dua lagi gol ditambah oleh Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan.

Yang pasti City adalah juara ulung tanpa mengharapkan kepada keputusan pasukan lain untuk muncul juara.



Paparkan Komen