Premier League 18/19 : Newcastle United 1-2 Tottenham Hotspur

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Tottenham Hotspur mencipta sejarah apabila langsung tidak membeli pemain baru bagi musim ini namun itu semua tidak menghalang Spur dari mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama Premier League mereka musim baru ini.

Tiga gol terhasil dalam tempoh 10 minit dan dua gol milik Spurs.

Pemain pertahanan Spurs, Jan Vortenghen membuka jaringan perlawanan pada minit ke-8 sebelum Joselu menyamakan kedudukan buat Newcastle United 3 minit kemudian.

Pada minit ke-18 Dele Alli kembali meletakkan Spurs dihadapan dan kedudukan kekal hingga tamat permainan.

Spurs turun dengan barisan terkuat mereka dengan menyenaraikan pemain yang beraksi di Piala Dunia seperti Hugo Lloris, Jan Vertonghen, Eric Dier, Dele Alli dan Harry Kane di St James Park.

Tottenham XI: Lloris, Aurier, Vertonghen, Sanchez, Davies, Dier, Sissoko, Eriksen, Alli, Moura, Kane

Newcastle XI: Dubravka, Yedlin, Clark, Lascelles, Dummett, Diame, Shelvey, Ritchie, Perez, Kenedy, Joselu




Paparkan Komen