Premier League 18/19 : Liverpool 4-0 West Ham United

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Pasukan terhebat di atas muka bumi ini, Liverpool power this is our year tiada dua hanyalah satu kau yang kucintai memulakan musim baru Premier League dengan penuh bergaya lagi bersahaja.

West Ham United menjadi mangsa pertama Liverpool musim ini dan ada 18 lagi mangsa yang akan menjadi makanan Liverpool musim ini dengan perlawanan berbaki 37 perlawanan lagi. Perlawanan pertama sudah membuktikan kehebatan Liverpool.

Pada separuh masa pertama, Liverpool sudah mendahului 2 gol kosong hasil jaringan penyerang sensasi mereka Mohamed Salah pada minit ke-19 sebelum Sadio Sane menggandakan kedudukan sebelum wisel penamat separuh masa.

Bersambung separuh masa kedua kehebatan Liverpool semakin menjadi-jadi dan Sadio Mane tidak teragak-agak untuk menjaringkan gol ketiga membuatkan West Ham United terkumat-kamit memerah otak untuk bermain bola.

Pada minit ke-81 Xherdan Shaqiri masuk untuk menggantikan Sadio Mane yang sudah menjaringkan dua gol dan merupakan debut Shairi bersama Liverpool di Premier League. Klopp mengarahkan Shaqiri supaya tidak lagi menambah gol.

Shaqiri patuh dengan arahan tetapi tidak Struridge. Pada minit ke-87 Daniel Sturridge masuk menggantikan Mohamed Salah, selang beberapa saat Sturridge menjaringkan gol ke-4 pada sentuhan pertamanya dalam perlawanan.

"Lawan West Ham boleh la menang mudah lain la lawan Leicester, bekas juara kot!" Ujar seorang peminat pasukan tertentu kau teka la pasukan mana.

Penuh dengki mereka dengan kehebatan Liverpool yang terus berdesup ke takhta liga untuk tempoh seminggu bukan 12 jam macam satu pasukan itu yang terkenal dengan tempat parking bertingkat.

Naby Keita telah membuat debut yang penuh bercahaya, Salah pula terus licin seperti sutera dan liar seperti belut. Mane bertambah, Sturridge dan Sahqiri penambah sedapnya Liverpool.

LIVERPOOL (4-3-3): Becker 6: Alexander-Arnold 7.5, Van Dijk 6.5, Gomez 6.5, Robertson 7.5: Milner 8.5, Wijnaldum 7, Keita 8: Salah 8 (Sturridge 88mins), Firmino 8 (Henderson 69mins 6), Mane 8 (Shaqiri 81mins)

WEST HAM (4-2-3-1): Fabianski 7: Fredericks 5.5, Balbuena 5, Ogbonna 6, Masuaku 5.5: Rice 5.5 (Snodgrass 46mins 6), Noble 6: Antonio 6, Wilshere 6, Anderson 5.5 (Hernandez 62mins 6): Arnautovic 5 (Yarmolenko 67mins 6)




Paparkan Komen