Premier League 18/19 : Huddersfield Town 0-3 Chelsea

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Maurizio Sarri memulakan liga dengan penuh meyakinkan selepas perlawanan pra musim yang agak goyah dengan tenang dan mudah saja menewaskan Huddersfield 3-0.

Sambil mengunyah rokok Sarri menyaksikan anak buahnya menjaringkan gol-gol cantik ke atas Huddersfiled. Jorginho banyak membuat tetapan dan membuat sumbangan pada separuh masa pertama.

Pemain berharga £57 juta itu menghulurkan kaki untuk memulakan gerakan dan hasilnya hantaran Willian membolehkan N'Golo Kante menjaringkan gol pertama Chelsea musim ini.

Jorginho menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua sebelum Pedro melakukan chip cantik untuk gol ketiga.

Penjaga gol termahal dunia, Kepa Arrizabalaga berharga £71 juta belum diuji lagi dalam perlawanan ini.

Chelsea telah merampas takhta liga dari penyandang sebelum ini Manchester United.

Huddersfield (3-5-2): Hamer, Jorgensen, Schindler, Kongolo, Hadergjonaj, Mooy, Hogg, Billing, Lowe (Diakhaby 71), Pritchard (Depoitre 46), Mounie;
Subs not used: Lossl, Smith, Sobhi, van La Parra, Stankovic

Chelsea (4-3-3): Arrizabalaga, Azpilicueta, Luiz, Rudiger, Alonso, Barkley (Loftus-Cheek 68), Kante, Jorginho, Willian (Hazard 76), Morata, Pedro (Moses 81)
Subs not used: Caballero, Giroud, Zappacosta, Christensen




Paparkan Komen