Premier League 18/19 : Fulham 1-2 Liverpool

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

James Milner muncul wira penyelamat pasukan paling agung di muka bumi tiada yang lain hanyalah satu, Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.

Liverpool sentiasa bermula dengan yakin dan bermain sedap seperti biasa dan mendahului pada minit ke-26 melalui Sadio Mane.

Serangan Liverpool gagal menambah jaringan dan Mohamed Salah terus tumpul dan tumpul untuk menjaring. Hilang Keyakinan barangkali.

Bekas pemain Liverpool, Ryan Babel yang berkata sebelum perlawanan bahawa beliau mengetahui kelemahan Virgin Van Dijk membuktikan kata-katanya.

Babel telah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 dengan menekan Van Dijk selepas James Milner membuat clearance tidak kemas lalu bola menuju kebelakang.

Bola melambung ke lalu ditanduk kebelakang sekali lagi oleh Van Dijk, namun tandukan itu lemah tidak menemui Alisson Becker.

Situasi kelakar ini dimanfaatkan sepenuhnya Babel melihat Alisson sudah keluar untuk merebut.

Sikap Babel tidak meraikan jaringan itu kerana menghormati pasukan lawan itu mendapat pujian ramai.

Mungkin Babel takut dibenci jika gol itu bakal mencuri mata dari Liverpool.

Ketika gol penyamaan ini hadir ramai mula ketawa dan gembira dengan aksi kelakar Van Dijk itu yang disamakan dengan kejadian gelinciran Steven Gerrard.

Namun Liverpool kini sudah berDNA pasukan bakal juara tenang-tenang saja meneruskan permainan mencari jaringan kemenangan.

Orang berusaha sudah tentu mendapat hasilnya. Mane telah dijatuhkan oleh Sergio Rico dalam kotak penalti.

Milner tampil membuat tendangan untuk menjadi wira. Jangan dilupa bahawa Mane sebenarnya dalang kemenangan ini..

FULHAM: (4-2-3-1) Rico 5; Fosu-Mensah 6 (Christie 74), Chambers 6.5, Ream 6.5, Bryan 6.5; Zambo 7, Seri 6.5 (Sessegnon 65, 6); Cairney 6.5 (Kebano 82), Ayite 6, Babel 6.5; Mitrovic 6.

LIVERPOOL: (4-3-3) Alisson 5.5; Alexander-Arnold 7.5, Matip 6.5, van Dijk 6.5, Robertson 7; Wijnaldum 6.5, Fabinho 7, Lallana 6.5 (Milner 73); Salah 6.5 (Sturridge 90), Firmino 6.5 (Origi 72), Mane 8.




Paparkan Komen