Premier League 18/19 : Arsenal 0-2 Manchester City

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Hari malang buat Arsenal apabila bertemu penyandang juara Premier League musim lalu, Manchester City maka Arsenal yang semakin lemah dan lembik menjadi makanan City yang masih lagi mencari rentak juara terkini.

Walaupun Manchester City bermain di bawah keupayaan sebenar tapi sudah cukup untuk menang menentang Arsenal yang kelaut permainan mereka. Raheem Sterling membuka jaringan perlawanan pada minit ke-14 dan terus mengarut seperti biasa selepas itu.

Sergio Aguero mampu menggandakan kedudukan ketika situasi satu lawan satu dengan Pter Cech tetapi berjaya dihadang Cech yang sado sekarang. Tidak lama kemudian Bernardo Silva menjaringkan gol kedua.

Kedua-dua gol Manchester City terhasil dari sepakan bola lencong yang cantik dan menawan. Arsenal bergelut teruk dan komunikasi ke laut antara pemain mungkin kehabisan kredit. Andre Lacaztte mabuk teruk.

ARSENAL (4-3-3): Cech; Bellerin, Sokratis, Mustafi, Maitland-Niles (Lichtsteiner 35); Guendouzi, Xhaka (Torreira), Mkhitaryan; Ramsey (Lacazette 54), Ozil, Aubameyang

MAN CITY (4-1-4-1): Ederson; Walker, Stones, Laporte, Mendy; Fernandinho; Gundogan, Bernardo, Mahrez (De Bruyne 60), Sterling (Sane 86); Aguero




Paparkan Komen