Premeir League 19/20 : Manchester United 2-1 Tottenham Hotspurs

The Sukan oleh The Sukan 6 hari yang lalu

Jose Mourinho kembali ke Old Trafford kali ini sebagai pengurus Tottenham Hotspurs dan Mourinho tidak mengharapkan sambuatan yang mesra kerana sedar beliau hadir sebagai lawan kali ini.

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan bakal kehilangan jawatannya jika tewas kepada Spurs namun pakar formula itu telah menafikan berita itu dan menganggapnya sebagai hauk.

Ini merupakan perlawanan ke-3 Mourinho bersama Spurs di Premier League dan jika menang perlawanan ini, Mourinho akan menjadi pengurus Spurs pertama menang 3 perlawanan pertama dalam sejarah kelab.

Perlawanan bermula perlahan dan hambar dan banyak bola berlegar hanya di kawasan tengah padang, apa kau nak harap dengan Manchester United? Mungkin Spurs boleh merencana hiburan.

Tetapi pada minit ke-7 Manchester United menggegar gawang apabila rembatan padu Marcus Rashford telah telah ditepis sebelum menghentam tiang secara sipi-sipi dan bola terus menerjah jaring.

Ini semua hasil kealpaan dan kelekaan pemain Spurs yang mudah saja membiarkan bola dirampas dan kehilangan bola.

Pada minit ke-18 Fred telah dikasari diluar kotak penalti, Rashford telah membuat satu sepakan percuma yang cantik namun bola tidak ke gawang.

Minit ke-22 menyaksikan hantaran silang leret Daniel James berjaya menemui Jesse Lingard yang menghantar untuk dirembat Mason Greenwood namun berjaya diselamatkan Paulo Gazzaniga.

Entah apa merasuk Setan Merah apabila Rashford hampir menggandakan kedudukan tapi sayang bola yang deras itu sekadar menghentam palang selepas ditepis sedikit Gazzaniga.

Percubaan Aurier berjaya dihadang David De Gea dengan kakinya dan bola melantun tinggi, Dele Alli menunggu bola jatuh dan mengait bola itu dengan indah sekali.

Dua pemain Manchester United hanya mampu melihat Alli mengait dan melepaskan satu rembatan deras menewaskan David De Gea pada minit ke-39.

Selepas dirujuk VAR gol dibenarkan dan tiada kecurangan dari Alli ketika menjaring. Makin menjadi-jadi Alli sejak Mourinho hadir dalam hidupnya.

Pada awal separuh masa kedua, di minit pertama lagi Moussa Sissoko telah mengasari Marcus Rashford dan Manchester United mendapat sepakan penalti.

Rashford yang semakin pandai menjaringkan penalti, tanpa rasa melekit meletakkan Setan Merah kembali didepan.

Selepas itu permainan berlangsung hambar seperti biasa boleh tahan jugak Ole bertemu Mourinho ni bergabung jadi super bosan.

Spurs tidak garang seperti dua perlawanan lepas dan seperti hilang arah sehingga tamat perlawanan. Kekalahan pertama Mourinho bersama Spurs dan kalah pula di kaki Setan Merah.

Keajaiban dan aksi luar biasa daripada Manchester United yang mencatatkan kemenangan, daripada 18 mata, mata ke-19 sangat kuat auranya buat Setan Merah lalu mereka melangkaui terus ke 21 mata.

Kemenangan luar biasa ini melonjakkan Setan Merah ke tangga ke-6 buat seketika. Tiada lawak jenaka dari Setan Merah.

MANCHESTER UNITED: (4-2-3-1) de Gea; Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Young; McTominay, Fred; James, Lingard (Shaw 87), Rashford; Greenwood (Andreas Pereira 80)

SUBS NOT USED: Romero (GK); Mata, Garner, Tuanzebe, Williams

TOTTENHAM: (4-2-3-1) Gazzaniga, Aurier, Sanchez, Alderweireld, Vertonghen; Winks (Ndombele 70), Sissoko (Lo Celso 85); Lucas Moura (Eriksen 64), Alli, Son; Kane

SUBS NOT USED: Austin (GK); Rose, Dier, Foyth



Paparkan Komen