Pre-Season : Tranmere Rovers 0-6 Liverpool

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 bulan yang lalu

Pasukan paling power di muka bumi, Liverpool power this is our year menang penuh bergaya dalam perlawanan pertama Pra-musim apabila membelasah Tranmere Rovers enam gol tak mampu dibalas dan hanya mampu diratapi sahaja.

Membariskan pemain senior dan pemain muda tanpa pemain bintang yang masih bercuti dan mempunyai tugasan bersama pasukan kebangsaan masing-masing Liverpool tiada masalah untuk menang.

Rhian Brewster menjaringkan dua gol manakala Nathaniel Clyne, Curtis Jones, Divock Origi dan Bobby Duncan masing-masing menjaringkan satu gol untuk The Reds memulakan persediaan musim 20192020 dengan penuh bergaya di Prenton Park.

Brewster bersama pemain muda, Ryan Kent dan Harry Wilson mengemudi jentera senranga. Nathaniel Clyne pula kembali membuat penampilan pertama sejak Disember lalu.

Alex Oxlade-Chamberlain yang kembali dari kecederaan kembali beraksi buat pertama kali sejak April tahun lalu.

Seramai 23 pemain digunakan Jurgen Klopp dalam perlawanan ini pada setiap separuh masa masa.

First-half XI: Mignolet, Clyne, Phillips, Gomez, Larouci, Milner, Oxlade-Chamberlain, Lallana, Kent, Wilson, Brewster

Second-half XI: Jaros, Hoever, Matip, Johnston, Lewis, Fabinho, Jones, Woodburn, Duncan, Glatzel, Origi

Additional substitute: Atherton

https://www.youtube.com/watch?v=Ac0o_5y9NGc https://www.youtube.com/watch?v=OVLvtu-w2jM

FT Tranmere Rovers 0-6 Liverpool

Nathaniel Clyne 6′
Rhian Brewster 38′
Rhian Brewster 45′
Curtis Jones 54′
Divock Origi 60′
Bobby Duncan 67′




Paparkan Komen