Pogba Dan Lingard Bergaduh Pada Hari Pertama Pra-Musim?

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Jesse Lingard menjadi tumpuan pada cuti musim panas ini apabila memuat naik video aktiviti cutinya di media sosial yang penuh dengan kontroversi.

Ramai yang mengecam video pemain tengah Inggeris itu dan ada yang mahu Lingard dijual dan Paul Pogba juga antara pemain yang tidak disukai.

Semuanya ini gara-gara Pogba mengumumkan bahawa beliau mahu meninggalkan Manchester United buat kali kedua.

Media mula membawang mengenai kenyataan Pogba itu dan meramalkan Pogba tidak akan mengikuti jelajah pra-musim Setan Merah.

Tenyata ramalan dan laporan itu sekadar bawangan yang memedihkan mata apabila Pogba menyertai Setan Merah ke Australia.

Skuad Setan Merah tiba dan Manchester United telah membuat hantaran video ketibaan mereka di Australia.

Tetapi beberapa peminat perasan dalam video seminit itu Lingard dan Pogba bertelagah dan bergaduh.

Kedua-dua pemain nampak tidak berpuas hati antara satu sama lain dan Victor Lindelof muncul untuk menjadi jaksa pendamai menenang situasi.

Lihat video ini pada saat ke-10. Tak bertumbuk pun.

Mereka tidak bergaduh sebenarnya mungkin hanya bergurau biawak sahaja. Tersengih Lingard selepas itu.




Paparkan Komen