Piala Malaysia 2018 : MiSC MIFA 0-3 JDT

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

JDT menepati ramalan awal dan agak bergelut dalam saingan Piala Malaysia di kumpulan C apabila terpaksa menunggu perlawanan terakhir untuk memastikan tempat ke suku akhir selaku juara kumpulan.

Kemenangan 3-0 JDT ke atas MiSC MIFA ini telah menutup peluang untuk pasukan Liga Perdana itu mencipta sejarah tersendiri apabila tersingkir selepas cemerlang dalam 4 perlawanan awal.

JDT memperoleh 3 gol pada separuh masa kedua hasil dua jaringan Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera. Fernando Marquez dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan teruk.

Kemenangan berdarah membawa JDT ke suku akhir selaku juara kumpulan dan akan bertemu Pahang.

FT MIFA 0-3 JDT
Gonzalo Cabrera 62'(pen)
Safawi Rasid 72', 82'(pen)

https://www.youtube.com/watch?v=1tFsdAf38Nw


Paparkan Komen