Piala Malaysia 2018 : Kelantan 2-0 Kedah

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Kegilaan berterusan di saingan kumpulan C, Kelantan yang bergelut dengan masalah pengurusan mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Kedah 2 gol tanpa balas.

Kelantan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2018 selaku naib juara kumpulan C di belakang JDT dengan mencatat 2 menang, 2 seri dan 2 kalah.

Kelantan, MIFA dan Kedah masing-masing mengumpul 8 mata tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan dan bolos. Kedah menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan C.

Ramalan awal JDT dan Kedah dijangka mudah ke suku akhir namun sebaliknya berlaku apabila MIFA mengusai kumpulan sebelum rebah dalam 2 perlawanan terakhir.

Pada separuh masa pertama kedudukan terikat tanpa jaringan. 7 minit selepas separuh masa kedua Kelantan mendahului melalui Daniel Aysraf.

Nik Akif Shahiran melengkapkan kemenangan dan kemaraan Kelantan dengan gol kedua pada minit 90+2.

https://www.youtube.com/watch?v=c_KQvspL0dk


Paparkan Komen