Piala Malaysia 2018 : Felcra FC 1-4 Kuala Lumpur FA

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Perlawanan menyaksikan Guilherme De Paula atau Wak Doyok yang bertopi seperti Petr Cech bermaharaja lela dengan menjaringkan 4 gol buat Kuala Lumpur.

Seawal minit ke-6 De Paula meletakkan Kuala Lumpur dan kedudukan hingga tamat separuh masa pertama. Pada minit ke-72 De Paula menggandakan kedudukan.

Namun Felcra tidak mengalah dan merapatkan kedudukan melalui Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-83 dan seminit kemudian De Paula menjarakkan kembali kedudukan.

Tidak cukup dengan hatrik, De Paula melengkapkan gol ke-4 pada minit ke-90.

FT Felcra FC 1-4 Kuala Lumpur FA

Guilherme De Paula 6' (pen), 72', 84, 90'
Nazrul Kamaruzaman 83'

https://www.youtube.com/watch?v=l1od7LIB8cE


Paparkan Komen