Persahabatan B-22 : Malaysia 1-1 Australia

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Malaysia bangkit untuk mengikat Austalia selepas ketinggalan hasil jaringan Nik Azli Nik Alias pada masa kecederaan.

Perlawanan berlangsung agak hambar pada babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencari rentak dan banyak kehilangan bola.

Ketika perlawanan separuh masa pertama berbaki 10 minit barulah perlawanan mula rancak.

Penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli beberapa kali melakukan aksi kelakar dan nyaris dihukum disamping aksi menyelamat yang padu.

Australia dihadapan selepas 5 minit permainan babak kedua bersambung melalui sundulan Brandon Wilson.

Malaysia tidak hanya melihat gol pendahuluan Australia dan mula melancarkan serangan demi serangan namun tidak bertemu penyudah.

Ketika perlawanan hanya menunggu masa untuk ditamatkan Nik Azli muncul wira dengan gol penyamaan pada minit ke-93.

Nik Azli cuba bermain satu dua bersama rakan namun tidak kesampaian tetapi Nik Azli meneruskan larian dan berjaya memdapatkan bola kembali.

Bijak pemain dari Kelantan ini merembat memperdayakan pemain pertahanan Australia dan berjaya menewaskan penjaga gol Australia.

FT MALAYSIA U-22 1-1 AUSTRALIA U-22
Brandon Wilson 50'
Nik Azli Nik Alias 90'+3

Starting XI

MALAYSIA U-22: 23. Haziq Nadzli (GK); 4. Ariff Ar-Rasyid Ariffin, 14. Syamer Kutty Abba, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni; 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier Norhisham (C), 25. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13. R Dinesh; 11. Jafri Firdaus Chew, 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 1. Azri Ab Ghani (GK), 2. Amirul Ashraf Ariffin, 3. Dominic Tan, 5. Evan Wensley Wenceslaus, 6. Ariusdius Jais, 7. Faisal Abdul Halim, 10. Safawi Rasid, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 17. Nik Azli Nik Alias, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 21. Kogileswaran Raj, 22. Damien Lim (GK), 24. Nazirul Afif Ibrahim, 26. Danial Haqim Draman, 27. K Thivandaran.

AUSTRALIA U-22: 12. Jordan Holmes (GK); 2. Nathaniel Atkinson, 22. Brandon Wilson, 6. Tass Mourdoukoutas, 5. Ivan Vujica; 7. Joe Champness, 20. Sebastian Pasquali, 8. Riley McGree (C), 11. Reno Piscopo; 10. Denis Genreau, 15. Nicholas D'Agostino.

Subs: 1. Daniel Margush (GK), 9. George Blackwood, 13. Aiden O'Neill, 16. John Koutroumbis, 17. Keanu Baccus, 18. Tom Glover (GK), 19. Lachlan Wales, 21. Abraham Majok, 23. Pierce Waring, 24. Kye Rowles.




Paparkan Komen