Penjaga Gol Monaco Dinutmeg Depay Dari Jarak 35 Ela

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Pemain Belanda, Memohis Depay telah menyertai kelab Perancis, Olympique Lyon menerusi satu perpindahan yang dianggarkan bernilai sekitar £16 juta selepas agak merana bersama Setan Merah

Depay menyertai United dengan reputasi yang cukup tinggi iaitu pemain terbaik Eredivise, namun selepas dua tahun di Old Trafford, nasib Depay bagaikan ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’.

Setibanya di Old Trafford, Depay memakai jersi nombor 7 dan terus digelar The Next Cristiano Ronaldo, tetapi telah terbukti bertukar menjadi The Next Djemba-Djemba. Dari wonderkids menjadi wonderpet.

Pemain sayap Olmypique Lyon, Memphis Depay percaya beliau menjadi pemain yang lebih baik selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan Manchester United pada Januari 2017.

Memphis Depay merupakan bekas bakal 'the next Cristiano Ronaldo' telah menjaringkan gol begitu padu daripada jarak 35 ela.

Lebih menarik hasil rembatan daripada Depay itu menyaksikan penjaga gol Monaco,Benjamin Lecomte mengalami detik memalukan lagi mengerikan.

Lecomte telah membuka sedikit kakiknya ketika Depay merembat dan kesitulah bola pergi, Lemcomte dinutmeg sebelum bola masuk ke gawang.

Canggih bukan guna perkataan nutmeg, kalau ikutkan Lecomte telah bertelur disitu.

Depay dibawa masuk ke Old Trafford oleh bekas pengurus Netherlands, Louis Van Gaal pada tahun 2015 tetapi gagal mempamerkan prestasi sebenar sepanjang 19 bulan bermain dengan kelab tersebut. Beliau melakukan 53 penampilan bersama Red Devils, dan hanya mampu menjaringkan 7 gol dan 6 assists.

Ketibaan Jose Mourinho pada musim panas 2016 menjadikan keadaan bertambah sukar buat Depay dan beliau hanya mampu beraksi dalam 4 perlawanan Liga Perdana Inggeris sahaja sepanjang bermain di bawah Mourinho.

Karier Depay kembali ke landasan yang betul selepas menyertai Lyon.




Paparkan Komen