Penjaga Gol Ini Bolos Dua Gol Dari Tengah Padang Dalam Tempoh 90 Saat

Share on facebook
Share on twitter

Tugas penjaga gol bukanlah sesuatu yang mudah kerana teraksa mengekang asakan daripada dibolosi lawan dan sebarang kesilapan pula tidak boleh dilakukan kerana tiada lagi pemain yang dapat membantu kecuali nasib.

Bolos merupakan sesuatu yang paling ditakuti oleh penjaga gol namun itu bukanlah satu perkara yang memalukan kerana itu lumrah dalam bola sepak, namun selalu juga terjadi kesilapan yang memalukan buat penjaga gol.

Terkena gol dari tengah padang antara sesuatu yang perit lagi memedihkan buat penjaga gol yang sudah pasti akan kelemasan kerana gol tengah padang biasanya terhasil dari bola gelembung buaya dan perkara ini jarang berlaku.

Apalah nasib menimpa penjaga gol di Jepun yang beraksi di J2 League apabila tertewas dua kali dalam tempoh 90 saat dan ajaibnya kedua-dua gol itu terhasil dari jaringan tengah padang.

Bukan satu tapi dua, penjaga gol Ehime, Masahiro Okamoto telah bolos duagol dari garisan tengah padang ketika menentang Montedio Yamagata. Satu peristiwa yang memalukan.

Pemain Ehime gagal membuat hantaran kemas lagi buruk ketika melepasi kawasan tengah padang dan pemain Masahiro Okamoto, Shun Nakamura berjaya mendapat bola tersebut.

Dengan sekilas imbasan, Shun Nakamura menyedari bahawa penjaga gol Ehime, Masahiro Okamoto telah jauh meninggalkan kawasan gol dan satu percubaan jarak jauh terus dilepaskan.

Entah apa yang dibuat oleh Masahiro Okamoto yang naik ke atas, tiada apa yang mampu dilakukan dengan bola yang menggelembung tinggi ke langit selain acah-acah mengejar.

Bola tersebut betul-betul jatuh di tengah gawang sebelum garisan dan dengan sekali lantunan bola terus berada di dalam gawang. Blunder yang memalukan.

Selang 90 saat kemudian skrip sama berulang pemain Ehime kehilangan bola ditengah padang dan Masahiro Okamoto pula jelas jauh dari garisan gol. Entah apa yang dilakukan.

Kali ini giliran Tatsuhiro Sakamoto pula melepaskan satu rembatan yang agak teruk tetapi sedikit lencong yang meyaksikan bola jatuh di luar kotak sebelum melantun-lantun masuk di tepi tiang.

Masahiro Okamoto yang panik mengejar dan berjaya membuat sedikit sentuhan namun tidak mampu mengubah keadaan dan bola tetap masuk.

Mengikut kiraan yang dibuat Sky Sport Football dua gol ini terhasil dalam tempoh 60 saat.

Pasukan Montedio Yamagata menang 3-0 dalam perlawanan ini dan tindakan penjaga gol Ehime sangat mencurigakan dan tidak masuk akal.

Kena sekali boleh la dianggap kesilapan tetapi terjadi kesilapan sama selepas kurang dua minit tu bangan namanya. Kenapa Masahiro Okamoto berada jauh dari gol masih menjadi misteri.

Siapa la tekan butang segitiga tak lepas ni?

Share on facebook
Share on twitter