Peminat Menyelinap Masuk Ke Press Conference Dan Berjalan Keluar Bersama McGregor

Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Seorang peminat Conor McGregor dan juga seorang Youtuber, Zac Alsop telah berjaya menyelinap masuk ke acara press conference McGregor vs Mayweather di London dengan menggunakan pass palsu. Lebih manis beliau berjaya keluar bersama McGrecor ke gelanggang.

Pass yang dicetak sendiri itu diedit dari gambar diambil di Internet. Zac kemudian memuat naik video dan menceritakan kembali bagaimana beliau berjaya masuk ke acara tersebut dengan melepasi kawalan.

Anda boleh menonton versi penuh video tersebut tanpa sari kata di bawah.