Pemain Liga Serie C Brazil Menyerang Pengadil Selepas Dilayangkan Kad Merah


Pemain Guarani, Antonio Ferreira dilayangkan kad merah oleh pengadil apabila kelihatan beliau seperti menyiku pemain Boa semasa perlawanan Liga Serie C Brazil antara Guarani menentang Boa.

Ferreira nyata tidak berpuas hati dan menyerang pengadil sehingga terjatuh. Ketika Ferreira mahu meneruskan serangan terhadap pengadil beliau dihalang oleh rakan sepasukan dan dengan bergayanya beliau mencampakkan rakan sepasukannya ketepi.

Seolah dirasuk beliau terus mengamuk dan mara kehadapan untuk terus menyerang. Akhirnya beliau berjaya ditarik ke tepi padang. Seorang pegawai pasukan kelihatan cuba memegang ubun-ubun beliau dan membisikkan sesuatu tetapi gagal.


Download aplikasi The Sukan di Google Play