Pemain Ini Dibuang Padang Kerana Menendang Ayam Hingga Putus Nafas

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Bukan kaleng-kaleng perbuatan pemain bola sepak daripada Croatia ini apabila telah dibuang padang selepas menendang seekor ayam ditepi padang sehingga putus nafas dan tidak bernyawa lagi kemudian dicampaknya ayam itu.

Beberapa ekor ayam telah dilihat menceroboh kawasan padang ketika perlawanan sedang berlangsung antara NK Jelengrad dan Jasenovac yang merupakan kelab semi-profesional di Croatia.

Perbuatan yang dilakukan oleh pemain ini mengingatkan penulis kepada peristiwa pengharaman kumpulan Malaikat Maut yang diketuai Zul Kapan kerana Ajak telah mengokak leher seekor itu.

Ivan Gazdek merupakan pesalah dalam kejadian ini nyata panas dengan tindakan sekumpulan ayam itu dan telah mengejar ayam dengan sepenuh hati sehingga ke tepi padang.

Tidak cukup dengan mengejar, Ivan Gazdek telah melepaskan satu tendangan sepenuh hati ke salah seorang ayam itu lalu mengenai sasaran dan terus rebah ke serta merta ayam itu.

Ivan Gazdek pemain NK Jelengrad yang berusia 23 tahun nyata gagal membendung kemarahan lalu mengambil ayam itu dan cuba membaling ke luar pagar. Kesianlah ayam itu.

Berderai bulu ayam itu ke udara dengan aksi kejam Ivan Gazdek. Bertaburan bulu-bula ayam ditepi padang. Mujur ayam itu tidak dikokak.

Ketika kejadian pasukan NK Jelengrad sedang mendahului Jasenovac 2-1.

Kerana tindakan tidak masuk akal, Ivan Gazdek telah dilayangkan kad merah oleh pengadil atas kesalahan tidak mempamerkan ciri seorang ahli sukan atau 'unsportsmanlike conduct'.

https://www.youtube.com/watch?v=lKWxjXR8ivA

Bercakap kepada 24 Sata yang merupakan laman sesawang media tempatan selepas perlawanan Gazdek mengakui perlakuan itu bukan disengajakan dan seakan-akan cuba menyalahkan ayam itu.

"Percayalah aku, semua ini terjadi bukan dengan sengaja. Ayam tidak henti-henti masuk ke padang dan perlawanan harus dihentikan."

"Tempat duduk pula penuh dengan najis dan ini bukan satu situasi yang menyihatkan."

"Aku kejar untuk menghalau ayam itu, aku hayunkan kaki dan membunuh salah seekor tanpa sengaja. F*** it!"

Ivan Gazdek mendedahkan beliau bukan pembenci binatang malah pernah mempunyai beberapa ekor haiwan peliharaan sepanjang hidupnya termasuklah seekor burung kakak tua yang baru mati baru-baru ini.

Gazdek juga telah meminta maaf kepada seorang wanita yang merupakan tuan ayam tersebut dan telah menggantikan dengan ayam yang baru.

Walaupun bermain 10 orang selepas Ivan Gazdek dibuang padang, NK Jelengrad berjaya menewaskan Jasenovac dengan satu kemenangan yang selepas 8-1.

Jurucakap kelab pula enggan memberikan sebarang komen dan mereka menyatakan pihak mereka tidak bercakap pun mengenai insiden itu dan hanya meraikan kemenangan mereka sahaja.

Kumpulan hak asasi haiwan dari Croatia berkata akan mengemukakan dakwaan ke atas Ivan Gazdek.



Paparkan Komen