Nicolas Pepe Sebut Hogoh Pahang Hogoh!

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Satu video bertebaran dan tular di media sosial yang memaparkan video rakaman pemain terhebat Arsenal ketika ini, Nicolas Pepe yang dibeli dengan bayaran ansuran termasuklah prestasinya sekali yang diberi secara ansuran.

Pemain memecahkan rekod perpindahan Arsenal, Nicolas Pepe terlibat dengan 33 gol musim lalu untuk Lille dan hanya Lionel Messi, Kylian Mbappe serta Fabio Quagliarella yang terlibat dengan lebih banyak gol.

Nicolas Pepe dibeli dari kelab Perancis, Lille dengan harga £72 juta sahaja dengan ikatan kontrak panjang selama lima tahun.

Pemain sayap Ivory Coast itu telah memecahkan rekod pembelian Arsenal sebelum ini yang mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang daripada Borussia Dortmund dengan nilai £56 juta.

Dalam rakaman video yang dimuat naik ke laman muka buku Dickson Nwakaeme Kabu Official yang merupakan pemain import Pahang telah menyaksikan, Pepe mengucapkan selamat maju jaya buat Pahang selepas dipaksa bercakap bahasa Inggeris.

"Hogoh Pahang Hogoh! Good luck for semi finals."

----

"Hogoh Pahang Hogoh! Selamata maju jaya untuk perlawanan separuh akhir."

I made him speak English 😂 hogoh Pahang hogoh. Good luck for semi finals. @nicolas.pepe19 merci beaucoup pour l'accueil chaleureux. votre meilleur est encore à venir crackito ❤️🔥🙏🏾

Posted by Dickson Nwakaeme Kabu Official on Friday, 4 October 2019

Arsenal berjaya menewaskan pesaing lain dalam mendapatkan Pepe di mana kelab lebih besar seperti PSG dan Liverpool serta kelab biasa-biasa seperti Manchester United juga dikatakan menaruh minat.

Pepe mempamerkan aksi yang prolifik musim lalu di Ligue 1 dengan menjaringkan 22 gol dan 11 bantuan gol sepanjang musim. Bukan kaleng-kaleng.

Hanya Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Fabio Quagliarella menghasilkan lebih banyak gol dan bantuan gol berbanding pemain berbakat berusia 24 tahun itu di Lima Liga Utama Eropah.

Dalam pertemuan menentang Liverpool yang menyaksikan Arsenal tewas 3-1 seperti yang sudah diramal lebih awal, Nicolas Pepe telah melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh pemain Premier League sebelum ini.

Pemain termahal Arsenal itu menjadi manusia pertama berjaya menggelecek melepasi pertahanan kental Liverpool, Virgil Van Dijk dalam 50 penampilan terakhir di Premier League.

Pemain Newcastle United, Mikel Merino menjadi manusia terakhir melepasi Van Dijk pada Mac 2018 dan manusia sebelum itu adalah Alexandre Lacazette pada 2017.

Pepe telah mengambil bola dari kawasan tengah padang pada minit ke-6 dan Van dijk cuba untuk menutup ruang pergerakan namun Pepe berjaya melepasi Van Dijk dengan kepantasan yang nyata.



Paparkan Komen