Neymar Jaring Gol Lipat Selepas Dicaci Penyokong PSG

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Neymar telah menjaringkan gol kemenangan PSG melalui satu gol tendangan lipat melepasi kepala atau overhead kick pada minit ke-92 di masa kecederaan sekaligus menewaskan Strasbourg dengan jaringan itu.

Sepanjang perlawanan Neymar telah dicaci, dimaki dan diboo tanpa rasa penat oleh penyokong PSG sendiri, ini semua gara-gara Neymar mengaku bahawa beliau akan meninggalkan PSG pada musim panas lalu.

Namun khabar angin bertiup Neymar akan ke Barcelona atau Real Madrid akhirnya sekadar khabar angin dan perpindahan itu tidak kunjung tiba lalu menimbulkan kemarahan peminat.

Tanda harga yang tidak masuk akal menafikan perpindahan ini. Neymar kembali membuat penampilan pertama bersama PSG musim ini ketika menentang Strasbourg.

Peminat Perancis telah mengejek Neymar dengan laungan

"Son of a b**ch"

Manakala banting yang dibawa juga agak keras bunyinya yang mahu Neymar dijual kerumah pelacuran.

"Neymar Sr. pergi jual anak kau di Vila Mimosa(kawasan pelacuran di Rio de Janeiro)."

Semua itu tidak menggangu fokus Neymar dipadang lalu menjaringkan gol padu dan memberi 3 mata berharga.

Hantara Abdou Diallo disempurnakan Neymar dengan satu voli lipatan melepasi kepala dan meraikan kemenangan minit akhir itu tanpa rasa melekit.

Selepas perlawanan, Neymar mengutuk mereka yang mencaci beliau sebagai gloryhunter.

"Peminat PSG yang memboo dan mencaci seluruh keluarga aku adalah penyokong yang sama meraikan gol tendangan basikal aku. Kita semua tahu kebanyakkan mereka gloryhunter."

Rangkuman ringkas aksi Neymar ketika menentang Strasbourg.



Paparkan Komen