Neville Dan Carragher Bertengkar Selepas Seminit Sepak Mula

Encik Bakri oleh Encik Bakri 5 hari yang lalu

Dua pemain pertahanan lagenda dari dua kelab berseteru, Gary Neville dan Jamie Carragher telah beraksi bersama pasukan Premier League All Stars menentang Lagenda Manchester City dalam perlawanan testimonial Vincent Kompany.

Walaupun beraksi dalam satu pasukan Neville dan Carragher nyata tidak dapat bekerjasama dengan baik dan kurang seminit bekas pemain Manchester United dan Liverpool itu telah bertengkar di padang.

Semua ini gara-gara gol Martin Petrov seawal minit pertama dan Carragher tanpa segan silu dan teragak-agak telah menyalahkan Neville kerana gol itu terhasil.

Neville naik dan cuba untuk membuat perangkap offside melihat David Silva cuba membuat hantaran lolos kepada Martin Petrov dan ternyata cubaan Neville gagal.

Dengan kudrat seorang pesara nyata Neville tidak mampu mengejar Petrov yang seperti lipas kudung dan berjaya membuka tirai jaringan selepas Edwin Van Der Sar gagal menutup ruang dengan baik.

Carragher telah merungut kepada Neville supaya berada diposisi lebih ke bawah dan Carragher menjerit.

"Ikut lelaki itu!"

-----

"Go with the man!"

Pengulas juga pasrah dengan permainan Gary Neville.

"Gary, Gary, Gary - Apa yang kau buat di dunia ini!?"

-----

"Gary, Gary, Gary - what on earth are you doing!?"

Ini hanyalah perlawanan persahabatan namun tidak bagi Carragher yang bermain seperti final Champions League. Maklum la mentaliti juara. Carragher kan menang piala setiap tahun masa main dengan Liverpool. Ye dok?

Semua ini tidak berakhir lagi selepas perlawanan, apabila Carragher membuat kutukan ke atas Neville ketika ditemurah yang menyatakan mereka bermain baik selepas Neville keluar kerana masalah hamstring.

Robin van Persie yang ada disebelah Carragher hanya mampu ketawa melihat pertengkaran dua pemain ini.

Geoff Shreeves bertanya kepada Carragher siapa patu disalahkan untuk gol pertama? Carragher menyalahkan Neville kerana tidak mengejar Petrov.

"Kau patut ikut pemain yang sedang berlari bukan?"

"Dia(Gary Neville) telah memberi gol pada minit pertama. Kemudian mengalami kesakitan hamstring dan selepas beliau keluar, kami bermain baik!"

"Kami dalam kawalan yang baik selepas beliau keluar."

Keputusan perlawanan antara Manchester City Legends dan Premier League All Stars berakhir dengan keputusan 2-2.

Martin Petrov membuka jaringan dengan satu rembatan padu sesedap rasa yang selalu dilakukan beliau ketika bermain dan Robbie Keane menyamakan kedudukan dengan satu tolakan ringkas, liar seperti biasa.

Robin van Persie meletakkan Premier League All Stars didepan dan dilihat akan menang dalam perlawanan ini namun Benjani Mwaruwari menyundul untuk gol penyamaan.

Pasukan lagenda City telah diuruskan oleh Pep Guardiola yang membariskan pemain lagenda City Joe Hart, Martin Petrov, Joleon Lescott, Pablo Zabaleta, Micah Richards, Kolo Toure, Nigel de Jong, had David Silva, Samir Nasri, Shaun Wright-Phillips, James Milner dan Dietmar Hamann.

Premier League All-Stars pula diuruskan oleh pengurus Belgium, Roberto Martinez and Thierry Henry yang membariskan pemain lagenda sebenar, ikon dan bintang Premier League.

Sangat jahat barisan pemain ini yang terdiri daripada Edwin Van Der Sar, Shay Given, Gary Neville, Ashley Cole, Jamie Carragher, Paul Scholes, Nicky Butt, Michael Carrick, Ryan Giggs, Rafael Van Der Vaart, Mikel Arteta, Patrick Vieira, Robbie Keane, Robin Van Persie, Tim Cahill dan Darius Vassell.




Paparkan Komen