Mufti Wilayah : Penyokong MU Memang Macam Tu

Share on facebook
Share on twitter

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sememangnya diketahui ramai sebagai peminat Liverpool yang akan membuat hantaran demi hantaran di laman sosial usai Liverpool mempamerkan aksi penuh bermotivasi.

Seperti biasa Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan berkongsi ibrah atau pengajaran yang dapat dipelajari daripada perlawanan yang melibatkan Liverpool.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah dijemput sebagai tetamu di dalam rancangan Malaysia Hari Ini(MHI) untuk membicarakan satuk topik yang bertajuk ‘Dakwah Dalam Talian’.

Malaysia Hari Ini (MHI) merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi yang disiarkan di TV3, sejak 3 Januari 1994. Mulai 5 Mac 2018, MHI bersiaran setiap Isnin hingga Khamis dan slot pagi Jumaat diisi oleh rancangan bual bicara terbaru TV3, Borak Kopitiam.

Bermula seawal pukul 7.00 pagi, MHI membincangkan mengenai pelbagai topik menarik seperti hal ehwal semasa, kesihatan, hal keluarga serta hiburan. Mulai 31 Disember 2018, Malaysia Hari Ini bersiaran jam 8:00 pagi selama 1 jam setengah.

Malaysia Hari Ini(MHI)

Dalam membicarakan topik ‘Dakwah Dalam Talian’, Ally Iskandar dan Hanif Miswan menjadi pengacara pada pagi itu telah bersenda gurau bersama Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Hanif Miswan telah bertanya adakah Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri seorang peminat Liverpool? Dan disitulah terjadi aksi kelakar dalam perbualan ini.

Klip video perbualan itu telah dimuat naik Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke laman muka buku Mufti Wilayah Persekutuan.

Hanif: Memang betul minat Liverpool ke Datuk? ⁣⁣"Betul."⁣⁣Hanif: "Memang betul la ni?"⁣⁣"Betul."⁣⁣Hanif: "Kita tak boleh berkawan l. Saya akan unfollow Datuk…"⁣⁣"Ramai. Ramai orang MU (memang) macam tu."Senda gurau dalam isu bola bersama Ally Iskandar dan Hanif Miswan di MHI pagi tadi. "Bola, bola juga ukhwah kena jaga".

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Tuesday, 12 November 2019

Berikut merupakan perbualan antara Hanif Miswan dan Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Hanif: Memang betul minat Liverpool ke Datuk? ⁣

Mufti WP: Betul.

Hanif: Memang betul la ni?”

Mufti WP: Betul.

Hanif: Kita tak boleh berkawan . Saya akan unfollow Datuk…

Ally: Hei.. Jangan macam tu.

Mufti WP: Ramai orang MU (memang) macam tu.

Hanif: Saya tak cakap pun saya minat apa Datuk.

Mereka bertiga kemudiannya ketawa bersama-bersama dengan penuh ceria.

Share on facebook
Share on twitter