Messi Jaringkan Dua Gol Sepakan Percuma Dalam Tempoh 3 Minit

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 hari yang lalu

Barcelona berjaya menewaskan Celta Vigo 4-1 dalam perlawanan La Liga untuk mengekalkan tempat mereka sebagai pendahulu liga dengan hanya perbezaan gol kerana Real Madrid juga mengumpul mata yang sama.

Lionel Messi telah menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini dan kesemua hatrik itu telah terhasil dalam situasi bola mati, 2 sepakan percuma dan satu penalti.

Sergio Busquets melengkapkan kemenangan 4-1 Barcelona dengan jaringan di lewat permainan.

Minggu lalu Messi telah menjaring sepakan percuma yang ke-50 dalam kariernya dan dalam perlawanan ini telah menghasilkan sepakan percuma ke-51 dan 52.

Kedua-dua sepakan percuma ini berlaku dalam tempoh kurang tiga minit atau lebih tepatnya lebih kurang 130 saat sahaja.

Messi membuka jaringan dari sepakan penalti sebelum Celta Vigo menyamakan kedudukan.

Pemain terhebat Argentina itu, kembali meletakkan Bacelona dihadapan dengan sepakan percuma dari jarak 25 ela pada penghujung separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua Messi melengkapkan hatrik dengan satu lagi sepakan percuma selepas Frenkie De Jong dijatuhkan.

Gol sepakan percuma ke-4 Messi musim ini dalam 7 sepakan percuma beliau.

Sejak 5 musim lalu Messi telah menjaringkan 22 gol sepakan percuma.



Paparkan Komen