Meremang Bulu Mendengar Penyokong Dan Pemain Liverpool Nyanyikan Lagu YNWA

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Sebut saja 'You'll never walk alone' atau dalam bahasa Melayunya 'anda tidak akan berjalan keseorangan' merupakan lagu paling popular dalam bolasepak, dan sering dinyanyikan peminat Liverpool sebelum sepak mula di Anfield.

Lagu ini dianggap lagu rasmi kepada Liverpool dan mungkin lagu paling popluar dalam dunia bola sepak ketika ini. YNWA turut dinyanyikan peminat kelab lain seperti Celtic, Borussia Dortmund, dan beberapa lagi kelab di luar sana.

Lagu ini cepat merebak ke seluruh Eropah kerana peminat Liverpool sering berjalan keluar dari England untuk menghadiri perlawanan Eropah melibatkan pasukan mereka. Tidak pelik lagu YNWA menjadi lagu yang amat popular dalam kalangan peminat bolasepak kerana Liverpool merupakan juara Eropah sebanyak 6 kali.

Tetapi mengapakah lagu ini diguna pakai oleh peminat Liverpool untuk pasukan mereka ? Sebenarnya, sejarah dan hubungan lagu YNWA dengan Liverpool boleh dikesan bermula sejak dari 1960-an lagi.

Pemain dan penyokong Liverpool mencipta atmosfera yang luar biasa di Istanbul apabila bersama-sama menyanyikan lagu keramat mereka 'You'll Never Walk Alone' selepas menjulang UEFA Super Cup dengan menewaskan Chelsea.

Siapakah Penulis Lagu YNWA ?

Lagu 'You'll Never Walk Alone' ditulis oleh Oscar Hammerstein II dan diolah lebih lanjut oleh Richard Rodgers untuk teater musikal mereka yang bertajuk 'Carousel'. Lagu tersebut mula diterbitkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1945.

Lagu ini terus berkembang dan muncul beberapa version yang telah diolah lebih lanjut. Olahan yang paling berjaya dilakukan oleh Gerry and the Pacemakers pada tahun 1963 dan diterbitkan di United Kingdom.

Versi lagu YNWA nyanyian kumpulan ini muncul lagu hit nombor 1 di carta lagu UK pada ketika itu dan kekal di tangga teratas selama 4 minggu.

Bilakah Liverpool Mula Mengguna Pakai Lagu YNWA ?

Sebaik sahaja lagu YNWA versi Gerry and the Pacemakers dikeluarkan, peminat Liverpool terus mengguna pakai lagu tersebut sebagai salah satu cara untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Salinan lagu tersebut ditunjukkan kepada pengurus Liverpool ketika itu, Bill Shankly ketika jelajah pra-musim pada tahun yang sama. Menurut bekas pemain Liverpool bernama Tommy Smith, Shankly berasa sangat teruja selepas mendengar lagu tersebut.

Wartawan yang mengikut sama rombongan jelajah pra-musim Liverpool terus melaporkan lagu YNWA akan menjadi lagu rasmi kelab tersebut dan segalanya berlangsung dengan pantas selepas itu.

Pemandangan puluhan ribu peminat Liverpool menyanyikan lagu YNWA sebelum bermulanya perlawanan di Anfield menjadi satu fenomena dan tradisi tersebut kekal sehingga ke hari ini.

Kelab Lain Yang Menggunakan Lagu YNWA Sebagai Lagu Mereka

Celtic merupakan kelab terawal  yang menggunapakai lagu YNWA selepas Liverpool. Walaubagaimanapun, masih lagi wujud perdebatan kelab manakah yang menggunakan lagu tersebut lebih dahulu.

Tetapi ramai bersetuju dengan cerita peminat Celtic menggunakan lagu tersebut selepas mendengar ia dinyanyikan penyokong Liverpool di Anfield ketika kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan separuh akhir European Cup Winners.

Sehingga ke hari ini, sama seperti di Anfield, lagu YNWA akan berkemundang sebelum bermulanya mana-mana perlawanan di Celtic Park.

Selepas itu, lagu ini terus merebak ke seluruh Eropah. Antara kelab terkenal yang diketahui menyanyikan lagu ini adalah Borussia Dortmund dan Feyenoord.

Selain daripada itu, lagu ini turut popular di benua lain. Sebagai contoh, ia turut dinyanyikan oleh penyokong FC Tokyo, kelab yang beraksi di Liga Jepun.

Apakah Lirik Sebenar YNWA ?

Sebagai rakyat Malaysia berdarah Merseyside, anda perlu tahu setiap patah perkataan lagu keramat ini. Nah sila hafal dan nyanyikan ia apabila Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti.

Gamatkan suasana kedai mamak dan nyanyikan ia dengan penuh perasaan bangga di hadapan rakan Setan Merah anda.

When you walk through a storm, hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of the storm, there’s a golden sky
And the sweet, silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown

Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone

Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone




Paparkan Komen