Mbappe Dan Draxler Marah Di Terowong Selepas Tewas 5-1

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Kylian Mbappe dan Julian Draxler ternyata marah dengan keputusan pengadil yang menghadiahkan kad merah kepada Juan Bernat.

Kemarahan itu dilepaskan dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan pasukan.

Hajat PSG untuk mengesahkan gelaran juara tertangguh lagi buat kali kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu.

Kali ini PSG dibelasah pasukan di tangga kedua, Lille dengan jaringan 5 gol berbalas satu.

Kekalahan ini telah mencatatkan rekod :

1. Kekalahan terbesar di Ligue 1 sejak 2010.
2. Pertama kali bolos 5 gol di Perancis sejak 2000.
3. Kekalahan terbesar dalam semua pertandingan sejak kalah 6-1 kepada Barcelona di Champions League.

Thomas Meunier menjaringkan gol sendiri sebelum Juan Bernat menyamakan kedudukan.

Bernat dilayangkan kad merah dan disinilah bermulanya kisah PSG dibelasah.

Mbappe telah menyatakan bahawa mereka dirompak pengadil.

"Pengadil telah mengambil Coupe de la Ligue dari kami, pengadil telah mengambil pemain dari kami."

Draxler pula mempersoalkan kenapa VAR tidak digunakan.

"VAR kan ada, jadi kenapa tak guna? Jelaskan kepada aku!"

Pemilik Qatari, Nasser Al-Khelaifi pula berpendapat.

"Kita pertingkatkan tahap bola sepak Perancis."




Paparkan Komen