Luqman Hakim Jaring Gol Ajaib dari Tengah Padang

Encik Bakri oleh Encik Bakri 6 hari yang lalu

Penyerang muda Malaysia yang sedang meningkat naik, Luqman Hakim Shamsuddin pemain kelahiran Akademi Mokhtar Dahari mula mendapat perhatian peminat bola sepak Malaysia pada tahun ini dengan aksi cemerlang.

Ternyata aksi Luqman Hakim Shamsuddin yang menjadi tonggak negara dalam menghasilkan gol untuk skuad negara bawah 18 tahun di AFF U-18 Championship 2019menjadi titik tolak kepada namanya untuk meniti di bibir peminat bola sepak Malaysia.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Australia, Malaysia menang 3-0 dan Luqman Hakim menjaringkan dua gol. Malaysia layak ke final dan tewas 1-0 kepada Australia di kejohanan ini.

Bulan lalu, Tan Sri Vincent Tan kelab Cardiff City, dan K.V. Kortrijk yang berpangkalan di Belgium tealh menawarkan peluang kepada Luqman untuk menjalani latihan di kelab tersebut bagi membuka jalan ke Eropah.

Luqman akan menjalani latihan di Cardiff City sehingga beliau mencapai umur 18 tahun pada Mac tahun hadapan sebelum menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab K.V. Kortrijk.

"Kita telah mengenal pasti bakat Luqman Hakim, selepas persembahan memberansangkan beliau dalam beberapa kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini, menjaringkan banyak gol, dan konsisten dalam menjaringkan gol."

"Jadi di bawah peraturan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), kami tidak boleh mengambil pemain melainkan sudah berusia 18 tahun. Jadi Luqman Hakim akan berlatih di Cardiff dahulu, baru menyertai KVK, kelab Belgium yang dimiliki rakyat Malaysia." Ujar Vincent Tan.

60 Pemain Muda Terbaik Dunia

Selepas ditawarkan peluang yang begitu hebat, Luqman Hakim sekali lagi menggemparkan apabila disenaraikan sebagai salah seorang 60 pemain muda terbaik dunia oleh media antarabangsa, Ther Guardian

Hanya 5 orang sahaja pemain muda dari Asia yang tersenarai dalam senarai 60 pemain ini termasuk Luqman Hakim untuk pemain muda yang lahir pada tahun 2002. Wonderkid.

Empat pemain dari Asia yang lain adalah :

1. Jun Nishikawa (Jepun/ Cerezo Osaka)
2. Khasanov Mukhriddin (Tajikistan/ Parvoz)
3. Suphanat Muenta (Thailand/ Buriram United)
4. Jasurbek Jaloliddinov (Uzbekistan/ Bunyodkor)

Kini Luqman Hakim sedang terbabit dengan Kelayakan AFC U-19 Championship 2020 dan Malaysia berjaya menewaskan Kemboja 5-4 selepas bermain dengan 9 orang kerana layangan kad merah.

Ketiak baru sahaja bermain 9 pemain, Luqman Hakim mencipta keajaiban dengan satu gol jarak yang begitu jauh dari tengah padang dengan satu sepakan yang menggelembung buaya.

Lemas penjaga gol Kemboja dengan sepakan Luqman itu. Pening jugak keeper ni.

GOL LUAR BIASA LUKMAN HAKIM DARI TENGAH PADANG

VIDEO GOL LUAR BIASA LUKMAN HAKIM DARI TENGAH PADANGLukman Hakim menjaringkan gol yang boleh dianggap gila ketika kelayakan AFC U19 menentang Cambodia malam tadi.Gol dari tengah kotak! Malaysia menang 4-5 walaupun hanya bermain 9 orang.Padu!Tonton highligt penuh - https://www.youtube.com/watch?v=LLJdvBe2H6A

Posted by ROTP on Saturday, 2 November 2019

Biodata Ringkas Luqman Hakim

Nama : Luqman Hakim Shamsudin
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 5 Mac 2002.
Usia : 17 tahun.
Tinggi : 170cm
Berat : 59kg



Paparkan Komen