Loris Karius Berterusan Kelakar Dan Kelakar

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Penjaga gol paling kelakar di dunia yang merupakan pemain Liverpool yang dipinjamkan ke Besiktas, Loris Karius telah melakukan kesilapan yang kelakar dan tidak sepatutnya lagi.

Ternyata permainan Karius tidak pernah meningkat sejak melakukan dua kesilapan berprofil tinggi bersama Liverpool di perlawanan akhir Champions League dua musim lalu.

Sejak itu boleh dikatakan setiap 4 bulan Karius akan membuat kelakar atau garisan tumbuk(Punchline) yang sama tetapi dalam situasi yang berbeza dan semakin lama semakin tidak masuk akal.

Dalam perlawanan Europa League, Besiktas menentang Slovan Bratislava, Karius tidak perlu menunggu lama untuk menghadiahkan Slovan Bratislava gol pembukaan.

Pada minit ke-14 penjaga gol Slovan Bratislava telah membuat sepakan untuk mebuang bola dan cuba menggerakan serangan balas pantas ke atas Slovan Bratislava.

Melihat bola sampai hampir ke kotak penalti, Karius mengambil keputusan untuk keluar dan melakukan tandukan bagi mengeluarkan bola.

Sayang seribu kali sayang apabila tandukan Karius tersasar teruk dan hampir tidak mengenai bola langsung. Lalu mudah buat Slovan Bratislava menjaringkan gol pembukaa.

Dalam perlawanan ini Slovan Bratislava berjaya menewaskan Besiktas 4-2 walaupun ketinggalan 2-1. Semua ini Karius punca.

Versi lagu pun layan juga ni



Paparkan Komen