Liga Super 2019 : Pahang 3-2 PKNS FC

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Pahang mula mejarakkan mata ditangga kedua kepada 4 mata daripada Melaka United ditangga ketiga dan 5 mata daripada Kedah dan Selangor selepas menewaskan PKNS FC 3-2.

Pasukan bimbingan Dollah Saleh mendahului dua gol selepas 45 minit permainan hasil jaringan Herold Goulon dan Muslim Ahmad.

Di separuh masa kedua PKNS FC bangkit mengikat dengan dua gol dijaringkan dalam tempoh 6 minit daripada Kpah Sherman dan Gabriel Guerra.

Matthew Davies muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan. Gol kedua beliau musim ini.

FT Pahang FA 3-2 PKNS FC
Herold Goulon 30'
Muslim Ahmad 42'
Kpah Sherman 60'
Gabriel Guerra 66'
Matthew Davies 89'




Paparkan Komen