Liga Super 2019 : Pahang 3 - 0 Terengganu FC

Encik Bakri oleh Encik Bakri 2 minggu yang lalu

Pahang FA tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan kedua dengan menewaskan Terengganu FC tiga gol tanpa balas.

Dickson Nwakaeme terus mempamerkan aksi cemerlang, gemilang, terbilang yang pasti menawan hati para perawan dengan mencetak nama sebagai penjaring pembukaan.

Herold Goulon juga tidak mengecewakan sepanjang perlawanan malah turut menjadi penjaring.

Norshahrul Idlan Talaha melengkapkan kemenangan Pahang dan membuktikan pemain tempatan pun power.

FT Pahang 3 - 0 Terengganu
Dickson Nwakaeme 13'
Herold Goulon 51'
Norshahrul Idlan Talaha 90'

VIDEO HIGHLIGHT PAHANG 3 - 0 TERENGGANU (LIGA SUPER 2019 - MATCH 2)Pahang FA tiada masalah malam ini menewaskan...

Posted by ROTP on Saturday, 9 February 2019



Paparkan Komen