Liga Super 2018 : Kedah 1-2 JDT

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Dengan kemenangan ke atas Perak minggu lalu JDT telah mengesahkan kejuaraan kelima mereka secara berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016, 2017 dan yang terbaru serta terkini tahun 2018. Tahniah JDT!

Selepas 18 perlawanan dan Liga Super berbaki 4 perlawanan lagi JDT sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super dengan mengumpul 47 mata dengan mencatatkan 15 kemenangan, 2 seri dan hanya 1 kekalahan.

Perlawanan ke-19 menentang Kedah merupakan sekadar perlawanan pelengkap jadual namun JDT sebagai penyandang juara tidak memandang remeh baki perlawanan dan mencatatkan kemenangan dalam perlawanan penuh drama.

Gonzalo Cabrera meletakkan JDT dihadapan pada minit ke-21 dengan tenang menolak masuk bola ke gawang selepas menerima hantaran cantik.

Fernando Andres Marquez menggandakan kedudukan selepas menerima satu umpanan cantik dari Azrif Nasrulhaq dan kedudukan dua gol tanapa balas kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Seekor kucing sempat memasuki padang ketika perlawanan berlangsung dan sempat berswafoto barang sekeping dua dengan pemain sebelum berlalu pergi.

Corbin Ong dilayangkan kad merah pada minit ke-64 selepas menerima kad kuning kedua selepas mengasari Rizal Ghazali yang berlari laju lalu penalti dihadiahkan.

Paulo Rangel gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-66 sekaligus menafikan Kedah untuk merapatkan kedudukan.

Selepas kegagalan sepakan penalti itu Stadium Darul Aman seolah berkabung dan merajuk apabila lampu limpah stadium padam. Tanda meratapi?

Para pemain mengambil kesempatan untuk berehat sebelum perlawanan kembali bersambung. Kedah mendapat sepakan penalti lagi, peluang kedua bagi Kedah.

Kali ini Sandro Da Silva mengambil sepakan dan berjaya meletakkan bola ke gawang dengan jayanya untuk merapatkan kedudukan kepada 2-1.

Perlawanan menjadi panas selepas Paulo Rangel merempuh Farizal Marlias ketika sedang berebut bola dengan Sandro di dalam jaring.

Dengan tidak semena-mena Rangel datang merempuh kemudian seperti dirasuk melepaskan sepakan dan sikuan namun tiada yang cedera. Gila.

Kedudukan kekal dan kemenangan berpihak kepada JDT.

https://www.youtube.com/watch?v=M3cPaKI2ZKs

FT KEDAH 1-2 JDT

Gonzalo Cabrera 21'
Fernando Andres Marquez 38'
Sandro Da Silva 79'(pen)




Paparkan Komen