Legend Match : Germany All Stars 3-3 Italy Legends

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

The Azzuri Legend yang membariskan pemain lagenda Italy mencipta kebangkitan selepas ketinggalan dua gol hasil jaringan sendiri pemain pertahanan mereka ketika menentang Germany All Stars di dalam satu perlawanan persahabatan.

Pasukan Jerman pula membariskan sekadar pemain bintang yang menjadi igauan ramai seperti Jurgen Klinsmann, Frings, Neuville, Weidenfeller, Odonkor, Schulz dan ramai lagi.

#DFBAllstars ⭐🇩🇪Watch live NOW 📺 youtu.be/KljwEHiL0YM

Posted by Germany Football Team - Die Mannschaft on Monday, 7 October 2019

Italy pula dibarisi beberapa pemain lagenda dari skuad yang menjulang Piala Dunia 2006 seperti Zambrotta, Grosso, Gattuso, Totti, Pirlo, Totti, Luca Toni dan lagenda lain seperti Di Baggio, Peruzzi dan Tomassi.

Jerman didepan dengan dua jaringan selepas 19 minit permainan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan mereka, pemenang Ballon d'Or, Fabio Cannavaro dan Panucci yang tertolak bola ke gawang sendiri.

Posted by Nazionale Italiana di Calcio on Monday, 7 October 2019

Luca Toni masih tajam apabila merapatkan kedudukan pada minit ke-21 sebelum kapten lagenda Italy, Francesco Totti menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Berakhir separuh masa pertama kedudukan terikat dua sama dan keempat-empat gol dijaringakan oleh pemain Italy. Sangat lejen.

Pada minit ke-80 Tommasi menjaringkan gol ketiga untuk meletakkan Italy dihadapan dan ketika Italy hampir meraih kemenangan Wollscheid menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

FT Germany Legend 3-3 Italy Legends

10' Cannavaro (o.g)
19' Panucci (o.g)
21' Toni
34' Totti
80' Tommasi
91' Wollscheid

https://www.youtube.com/watch?v=8ouo4e9RCag

Germany vs. Italy 3-3 | Highlights | Legends

Posted by Shwe Highlights - ေရႊဟိုက္လိုက္မ်ားစုစည္းရာ on Monday, 7 October 2019
Italy Legends vs Germany Legends Full HD Highlights - 08102019

Italy Legends vs Germany Legends Full HD Highlights 08102019#sepakbola #sepakbolaindonesia #legend

Posted by WKWKWKLAND FOOTBALL on Monday, 7 October 2019

Full Match : Germany Legend 3-3 Italy Legends

DFB-ALL-STARS (4-2-3-1): Weidenfeller (46 'Bräutigam); Rehmer (35 'Gaudino), Nowotny, Schulz (46' Asamoah), Wollscheid; Buchwald [C], Frings (39 'Trochowski); Asamoah (20 'Neuville, 71' Frings, 77 'Neuville), Zickler (66' Klinsmann), Odonkor; Klinsmann (C) (35 'Kirsten).

AZZURRI LEGENDS (4-4-2): Peruzzi (35 'Amelia); Zambrotta (46 'Torricelli), Cannavaro (C) (43' Zaccardo, 74 'Perrotta), Vierchowood (11' Panucci), Grosso (46 'Balzaretti); Conti (20' Ambrosini, 46' Tommasi), Gattuso (46 'Di Biagio), Pirlo [C] (46' Giannichedda), Perrotta (46 'Fiore); Toni (46 'Schillaci, 71' Di Livio), Totti (46 'Ravanelli).



Paparkan Komen