La Liga 2019/20 : Real Madrid 4-2 Granada

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 bulan yang lalu

Real Madrid yang tampak huru-hara meneruskan rentak cemerlang mereka di La Liga apabila menewaskan Granada 4-2 sekaligus kekal dipuncak liga dengan kelebihan 4 mata dan akan kekal dipuncak hingga liga kembali bersambung untuk perlawanan antarabangsa.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane ini mendapat boostingan yang padu dalam perlawanan ini apabila Eden Hazard sudah mula membuka buku rekod jaringan gol apabila mencatatkan satu gol dan satu assist.

James Rodriguez juga sudah mula menjumpai sentuhan gol selepas kembali bersama Real Madrid daripada kembara beliau di Bundesliga bersama Bayern Munich sebelum ini.

Karim Benzema terus berbisa apabila menjaringkan gol pembukaan Real Madrid selepas dua minit permainan berpunca daripada hantaran pisang Gareth Bale yang terhasil daripada latihan golf.

Eden Hazard menjaringkan gol kedua perlawanan yang merupakan gol pertama peribadi bersama Los Blancos dengan satu sungkitan yang menggelembung buaya. Cantik.

Luka Modrid tidak ketinggalan untuk mencetak nama selaku penjaring dengan satu rembatan padu lagi deras dari luar kotak penalti.

Granada bangkit mengejar dengan merapatkan kedudukan kepada 3-2 hasil jaringan penalti Darwin Machis dan Domingos Duarte.

James Rodriguez menjaringkan gol ke-4 Real Madrid sekaligus membunuh sisa perjuangan Granada yang mahu mencuri mata.

Real Madrid: Areola, Carvajal, Ramos, Varane, Odriozola, Casemiro, Valverde, Kroos (Modric 34), Bale (Rodriguez 83), Benzema, Hazard (Isco 69).
Subs: Militao, Jovic, Altube, Silva de Goes.

Granada: Rui Silva, Victor Diaz, Duarte, German, Neva, Herrera, Azeez (Vadillo 51), Montoro (Gonalons 6), Machis, Soldado (Fernandez 64).
Subs: Martinez, Koybasi, Escandell, Ramos.



Paparkan Komen